Ads Top

“Mereka Kena Tanggung…” – Afdlin Shauki Ulas Tentang Pemilik Crackhouse Comedy Disenarai Hitam Seumur Hidup

Pelakon dan pengarah popular, Datuk Afdlin Shauki menyatakan pihak Crackhouse Comedy perlu menganggung kesan yang terjadi apabila pemiliknya disenarai hitam seumur hidup dan tidak boleh mendaftarkan perniagaan di mana-mana premis.

Afdlin berkata, sekiranya mereka terbukti bersalah, mereka perlu menanggung hukuman yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Apa yang dilakukan adalah di luar bidang kuasa saya. Apa yang telah berlaku, mereka kena tanggung. Cuma, saya nak tanya, adakah di mahkamah, mereka sudah dijatuhi hukuman?

“Kalau mereka cakap, ia kerana tak ada lesen, tutuplah kerana tak ada lesen. Cuma, siapa sebenarnya pemantau nilai murni (morality police)?,” katanya.

Menurut Afdlin, apa yang berlaku turut membabitkan putar belit segelintir pihak yang dilihat mempunyai agenda masing-masing.

“Pada saya, apa yang salah, tetap salah. Kita harus jatuhkan hukuman kepada orang itu. Benda ini adalah hasil putar belit orang yang nak menggunakan isu ini sebagai isu politik.

“Sebab apa? Sebab harga barang tengah naik. Jadi, ‘Mari kita tutupkan dengan benda ini’, ‘Mari kita hentam Afdlin’,” katanya.

Sementara itu, Afdlin kini bakal muncul dalam drama bersiri sains fiksyen berjudul AI.5YA yang turut membariskan barisan pelakon antaranya, Mia Sara Shauki yang juga anakanya, selain Zizan Razak, Faradhiya, Ako Mustapha, Elly Arifin dan ramai lagi.

Selain sebagai pelakon, Afdlin juga bertindak sebagai pengarah dan penulis skrip untuk drama bersiri yang akan ditayangkan di platform Viu bermula hari ini. – KopiPlanet.com

The post “Mereka Kena Tanggung…” – Afdlin Shauki Ulas Tentang Pemilik Crackhouse Comedy Disenarai Hitam Seumur Hidup appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.