Ads Top

Muncul Dengan Aksi Menari Ghairah, Aliff Syukri & Baby Shima Dikecam Netizen

Sudah kerap tampil dengan pelbagai kontroversi, kali ini nama usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri kembali menjadi sebutan.

Ia gara-gara perkongsian sebuah video lagu terbaharunya bersama Baby Shima berjudul Baby Sayang di Instagram miliknya. 

Ternyata kedua-duanya telah membangkitkan kemarahan netizen apabila melakukan aksi tarian ghairah, manakala Baby Shima pula tampil seksi dengan hanya berseluar pendek.

Menerusi komen netizen, mereka menganggap Aliff dan Baby Shima seperti tidak serik menghasilkan content yang memalukan serta menjatuhkan maruah diri masing-masing.

Selain itu, ada juga yang menyifatkan Baby Shima seolah-olah seperti seorang pelakon lucah, manakala Aliff pula telah menutup ruangan komen pada video tersebut.

Pada masa sama, rata-rata netizen berharap supaya kedua-duanya berubah dan bertaubat atas tindakan yang dilakukan mereka itu. – KopiPlanet.com

The post Muncul Dengan Aksi Menari Ghairah, Aliff Syukri & Baby Shima Dikecam Netizen appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.