Ads Top

Festival Kota Selatan 2022 Ketengahkan Aktiviti Berteraskan Seni Budaya & Warisan

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi JabatanKebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka, Kerajaan Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri Johor beserta gandingan rakan strategik NGO Melaka iaitu Pertubuhan Seni Kesidang Sari (PERSIDANG) dan Persatuan RebanaKeras Klebang Besar Melaka telah berganding bahu bagi menjayakan satu lagi Program Pelancongan Budaya iaitu Festival Kota Selatan (FKS 2022) yang akan dilaksanakan pada 6 dan 7 Ogos 2022 lalu bertempat di Dataran Sungai Melaka, Menara Taming Sari danJonker Walk, Melaka Bandaraya Warisan Dunia.

Bertemakan “Temasya Seni Budaya Rakyat Selatan Semenanjung Malaysia”, festival ini mengetengahkan pelbagai aktviti berteraskan seni budaya dan warisan merangkumi aspek keusahawanan, gaya hidup dan pencungkilan bakat muda negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor yang mewakili negeri-negeri selatan Semenanjung Malaysia.

Program ini juga adalah sebagai sebagai sebahagian daripada acara sambutan Melaka sebagai Bandaraya Warisan Dunia UNESCO.  Berikut merupakan lima (5) pengisianmenarik FKS 2022 :-

  1. Malam Gala Kota Selatan Vaganza
  2. Pertandingan Peragaan Busana Melaka Zaman Gemilang
  3. Persembahan Sentuhan Selatan / Showcase Seni Budaya – Kesenian rakyat Melaka, Negeri Sembilan dan Johor
  4. Pertandingan     “Sarung      Kita”  Senam Seni bersama Batik Sarung Malaysia; dan
  5. Pertarungan Joget & Zapin

Antara Kumpulan Persembahan yang terlibat menjayakan Malam Gala FKS2022 ialahKumpulan Kesenian JKKN Melaka, Negeri Sembilan dan Johor, Kombo KumpulanKesenian Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Kumpulan Muzik Asli Institut Warisan Melaka (INSWA) dan Gabungan Badan Seni Budaya Bukan Kerajaan NegeriMelaka yang turut menampilkan Pertubuhan Seni Kesidang Sari (PERSIDANG), Kumpulan Tarian Singa Jonker Walk dan Kumpulan Komuniti Chitty Kampung Gajah Berang, Melaka.

Selain itu, turut terbabit adalah Persatuan Baba Nyonya, Kumpulan Kesenian Perkampungan Portugis, Ujong Pasir, Melaka, Persatuan Dondang Sayang Negeri Melaka, Persatuan Rebana Keras Klebang Besar, Persatuan Bhangra Melaka, Persatuan Silat Gayung Fatani Melaka, Pusat Warisan dan Kebudayaan Melayu Melaka (PERANTARA).

Apa yang lebih menarik, FKS2022 yang diadakan secara fizikal dan bergilir mengikutnegeri-negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor ini berjaya menyerlahkan apresiasi kesenian rakyat di wilayah masing-masing di samping mempromosikan keunikan budayamenerusi seni persembahan, seni busana, loghat daerah serta kepelbagaian adat resamrakyat selatan semenanjung Malaysia.

“FKS 2022 diharapkan dapat menemukan idea dan medan pertemuan baharu para karyawan dan semua yang terlibat dalam sektor seni budaya dan warisan di seluruh Malaysia dalam usaha merancakkan dan memacu sektor industri budaya, warisan dan pelancongan untuk disepadukan sebagai salah satu bentuk ekosistem ekonomi dan perdagangan yang baharu hasil gabungan antara usaha melestarikan kandungan seni, budaya, warisan di samping usaha memupuk generasi muda bersekali dalam sektor terbabit,” ujar Haji Mesran bin Mohd Yusop, Ketua Pengarah JKKN dalam kenyataannya hari ini. 

Bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari laman sesawang JKKN iaitu www.jkkn.gov.my ataupun boleh layari facebook JKKN melalui pautan www.facebook.com/mysenibudaya. – KopiPlanet.com

The post Festival Kota Selatan 2022 Ketengahkan Aktiviti Berteraskan Seni Budaya & Warisan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.