Ads Top

Tiada Lagi Gambar Bersama-Sama Di Instagram, Hubungan Noor Nabila & Engku Emran Berhadapan Masalah?

Hubungan antara kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila bersama suaminya, Engku Emran kini kembali menjadi tanda tanya ramai pihak.

Ia berikutan tiada lagi gambar mereka bersama-sama di akaun Instagram Noor Nabila, seolah-olah gambar mereka bersama dipadam sehingga ramai yang beranggapan seperti berhadapan masalah.

Malah, satu posting yang dimuat naik di IG story Noor Nabila juga seakan-akan memberi bayangan seperti perkara tersebut benar-benar berlaku.

Pada bulan lalu, sudah tercetus spekulasi mengenai hubungan pasangan tersebut, namun Noor Nabila menafikan hubungannya bersama suami dalam keadaan baik.

Malah, dia juga menyatakan bahawa jarang memuatnaik gambar bersama suami bukan bermakna hubungan mereka dilanda masalah sambil menyatakan Engku Emran seorang yang kurang gemar berkongsi mengenai peribadi. – KopiPlanet.com

The post Tiada Lagi Gambar Bersama-Sama Di Instagram, Hubungan Noor Nabila & Engku Emran Berhadapan Masalah? appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.