Ads Top

TC Candler Senarai Meerqeen 100 Lelaki Terkacak 2022, Turut Tercalon Beberapa Selebriti Popular Dunia

Sebuah media antarabangsa, TC Candler telah menyenaraikan pelakon popular Meerqeen dalam 100 lelaki terkacak 2022.

Senarai berkenaan telah diumumkan menerusi satu perkongsian di laman rasmi Twitter media berkenaan beberapa hari lalu.

“Tahniah buat keempat-empat calon kerana secara rasminya dicalonkan sebagai 100 Wanita Tercantik/ Lelaki Terkacak 2022. Mana satu calon kegemaran anda? Teruskan mengundi!” ujar kenyataan di akaun Twitter berkenaan.

Dalam senarai itu juga, TC Candler turut memuat naik tiga lagi foto calon yang turut tersenarai iaitu Riku NiziU, pelakon Bollywood Kartik Aaryan dan Shownu Monsta X.

Apa yang menariknya, pelakon Melur Untuk Firdaus itu turut bersaing bersama beberapa selebriti popular dunia lain termasuk Song Joong Ki, Liam Hemsworth, Ryan Gosling dan ramai lagi.

TC Candler adalah antara pihak yang akan membuat penilaian dan berkongsi senarai individu paling kacak dan jelita setiap tahun.

Penilaian biasanya berdasarkan populariti calon yang didominasi dan proses awal dilakukan di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram. – KopiPlanet.com

The post TC Candler Senarai Meerqeen 100 Lelaki Terkacak 2022, Turut Tercalon Beberapa Selebriti Popular Dunia appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.