Ads Top

Teman Niezam Zaidi Ke Tayangan Perdana Filem Rompak, Farisha Iris Jelaskan Hubungan Mereka Sekadar Teman Baik

Penyanyi yang semakin meningkat naik, Farisha Iris menjelaskan hubungannya bersama pelakon Niezam Zaidi adalah tidak lebih daripada sekadar teman baik.

Dilihat menemani Niezam ke tayangan perdana filem Rompak, Farisha mengakui dia selesa berkawan rapat dengan pelakon berkenaan.

“Kami masih berkawan macam biasa, alhamdulillah… saya akui sangat selesa berkawan dengannya, Memang tak ada apa-apa pun.

“Buat masa ini tiada lagi sebarang perancangan (tentang hubungan). Insya-Allah, kalau ada, adalah… Kalau Tak ada pun nak buat macam mana. Doa yang baik-baik sahaja,” jelasnya.

Menurut Farisha, bukanlah satu kesalahan untuk dia sebagai rakan menemani Niezam yang juga pelakon filem berkenaan ke acara berkenaan.

Malah, dia menegaskan sebarang cerita yang bertebaran sebelum ini tidak lebih daripada sekadar gosip semata-mata.

Sementara itu, Niezam pula memberitahu memang terdapat salah faham terhadap hubungan mereka sehingga timbulnya spekulasi yang mengatakan mereka bercinta.

“Ramai yang menyangka kami ada hubungan istemewa, tetapi yang sebetulnya tidak dan ia adalah gosip. Itupun bermula sewaktu saya memuatnaik gambar dia semasa hari jadi.

“Kalau bercakap mengenai hubungan pula, sekarang ini saya lebih banyak berhati-hati dan pengalaman lalu memang banyak mengajar saya,” ujarnya.

Sebelum ini, Niezam pernah menjalinkan hubungan cinta dengan bintang Akademi Fantasia iaitu Nonny Nadirah, namun hubungan mereka sudah berakhir. – KopiPlanet.com

The post Teman Niezam Zaidi Ke Tayangan Perdana Filem Rompak, Farisha Iris Jelaskan Hubungan Mereka Sekadar Teman Baik appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.