Azri Iskandar Bakal Berkahwin Dengan Penulis Skrip, Miliki Kelulusan PhD Dalam Jurusan Muzik
Pelakon popular Azri Iskandar mencipta kejutan apabila mengesahkan dia bakal berkahwin dalam masa terdekat dengan seorang penulis skrip yang dikatakan turut memiliki PhD dalam jurusan muzik.
Menerusi laporan portal Malaysiakini, Azri memberitahu dia dan keluarganya bercadang menghantar rombongan merisik dan meminang Azra Diera Abdul Hamid sebelum 23 Jun ini.
“Jika tiada aral melintang, kami akan bernikah dulu. Majlis perkahwinan akan diadakan kemudian dalam waktu terdekat,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Ujarnya, Azra atau lebih mesra disapa Ara belum pernah berkahwin sebelum ini.
Dalam pada itu, Azri memberitahu majlis persandingan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu kerana terpaksa memenuhi jadual kerja yang padat.
“Kini saya masih lagi menjalani penggambaran drama Kau Tak Punyai Hati arahan Azmi Hatta terbitan TV3 sampai 2 Ogos depan.
“Memang masa yang ada agak terhad untuk uruskan segala persiapan. Namun, doakan yang baik-baik untuk kami berdua. Saya akan umumkan tarikhnya nanti,” ujarnya.
Pelakon berkenaan sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, penulis skrip dan pelakon terkenal, Ellie Suriati Omar, tetapi bercerai pada 17 Mei lalu.
Hasil perkongsian hidup selama 19 tahun, Azri dan Ellie dikurniakan dua anak, iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13. – KopiPlanet.com
Kredit artikel: Portal Malaysiakini
The post Azri Iskandar Bakal Berkahwin Dengan Penulis Skrip, Miliki Kelulusan PhD Dalam Jurusan Muzik appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: