Ads Top

Menjelang Maghrib Angkat Kisah Misteri Pesakit Mental Dipasung Alami Gangguan Mistik

Di Indonesia, ada sebilangan dearah yang menggunakan cara dengan memasung individu yang berhadapan dengan penyakit mental sebagai salah satu cara rawatan.

Kaedah rawatan tersebut masih lagi berterusan sehingga kini, meskipun sudah ada cara rawatan moden buat pesakit-pesakit mental.

Itulah tema yang cuba diangkat menerusi filem seram terbaharu Indonesia, Menjelang Maghrib yang diarahkan oleh Helfi Kardit.

Ia diinspirasikan daripada kisah benar pengarah itu sendiri yang berpelung melihat pesakit-pesakit mental ini dipasung untuk merawat mereka.

Apa yang menariknya, menerusi filem ini, pengarah telah menerapkan elemen-elemen seram dengan menggambarkan seorang pesakit mental yang mengalami gangguan mistik sewaktu dipasung di sabelah malam.

Menjelang Maghrib mengisahkan tentang tiga pelajar universiti jurusan psikologi iaitu Thalia (Annette Edoarda), Erlan (Jeffry Reksa) dan Ahmad (Fajar Kurniawan) yang bertemu dengan seorang pesakit mental wanita, Nina (Novia Bachmid) yang dipasung untuk dirawat.

Nina yang berusia 19 tahun sudah tiga tahun berhadapan masalah sakit mental, di mana pada waktu siang kelihatan normal, tetapi akan mengalami gangguan mistik seperti histeria dan dirasuk pada sebelah malam sehingga terpaksa dipasung.

Filem berkenaan sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 19 Mei lalu. – KopiPlanet.com

The post Menjelang Maghrib Angkat Kisah Misteri Pesakit Mental Dipasung Alami Gangguan Mistik appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.