Ads Top

Khai Bahar Akui Kurang Selesa Dirinya Selalu Cuba Dijodohkan Dengan Rakan Duet

Penyanyi popular, Khai Bahar menyatakan peminat-peminatnya tetap memberikan sokongan, meskipun sering tampil duet bersama penyanyi wanita.

Khai berkata, perkara yang paling utama apabila tampil dengan lagu duet adalah mendapatkan keserasian agar sesebuah lagu itu dapat disampaikan dengan baik.

“Peminat selalu support dengan siapa sahaja saya berduet. Apa yang paling utama adalah nak mencari keserasian dengan pasangan duet.

“Apabila orang nampak kami serasi, alhamdulillah. Kiranya dah nampak hasil kerja kami itu berjaya apabila keserasian itu menjadi,” ujarnya.

Khai berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran lagu duet terbaharunya bersama penyanyi Lia Aziz berjudul Kaulah Syurga yang juga OST Drama 7 Hari Mencintaiku 3.

Bagaimanapun, Khai mengakui agak berasa kurang selesa apabila ada segelintir yang cuba untuk menjodohkan dia dengan rakan duetnya.

“Yang tak bestnya apabila ada orang nak usik-usik kami. Yang nak jodohkan kami. Untuk saya dan rakan duet, perkara sebegitu buatkan kami rasa kurang selesa.

“Kami berduet sebab bekerja, bukan sebab nak bercinta. Apabila timbul isu-isu sebegitu, saya pun risau macam mana nak berduet dengan penyanyi lain. Lagipun saya nak bekerjasama dengan ramai penyanyi pada masa akan datang.

“Saya tak mahu kalau perkara sebegini timbul sampai saya dan rakan duet takut nak tangkap gambar bersama. Saya nak orang di luar sana lebih terbuka,” jelasnya.

Sebelum ini, Khai pernah bergandingan bersama Siti Nordiana menerusi lagu Satukan Rasa dan Aina Abdul menerusi lagu Nafas Cinta.

Sementara itu, Lia Aziz yang juga bekas peserta Big Stage berkata, ia merupakan satu penghormatan dan pengalaman bermakna apabila diberi peluang untuk berduet dengan Khai menerusi lagu Kaulah Syurga.

“Sebenarnya saya telah mendapat tawaran untuk menyanyikan lagu Kaulah Syurga ini sebelum menyertai program Big Stage lagi.

“Cuma pada masa itu masih belum ada kata putus bahawa lagu ini saya akan bergandingan bersama Khai. Selepas saya keluar daripada pentas Big Stage barulah kami selesaikan lagu ini bersama,” katanya. – KopiPlanet.com

The post Khai Bahar Akui Kurang Selesa Dirinya Selalu Cuba Dijodohkan Dengan Rakan Duet appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.