Ads Top

Azizan Osman Mahu Orang Yang Tak Puas Hati Dengannya Cakap Depan-Depan

Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman ‘menjemput’ bangsa usahawan malah netizen di luar sana berjumpa dan bercakap depan-depan tentang bagaimana nak sediakan bisnes untuk bertahan dalam tempoh mencabar ini.

Menurutnya, pasukan RichWorks bakal menganjurkan program 10x Bina Bisnes Berjaya 2022 – Bangkit Bisnes Dari Krisis supaya dapat menyokong bangsa usahawan ketika ini.

“Program ini tiada online langsung, 100 peratus diadakan secara fizikal di mana anda perlu hadir ke dewan.

“Tak ada lari-lari, sembunyi dalam kereta atau gua. Tak puas hati datang cakap berdepan, jangan pakai akaun palsu, nama entah apa-apa komen, ini semua loser,” jelasnya dari Amerika Syarikat baru-baru ini.

Terdahulu, tular bila seorang YouTuber, Jebat Derhaka mempersoalkan RichWorks sebagai tempat melahirkan usahawan jutawan malah skim cepat kaya hingga menimbulkan pelbagai komen netizen termasuk artis rap terkenal, Caprice.

Komen-komen diterima hingga mempersoalkan keberkesanan bimbingan dan latihan diberikan RichWorks malah dikatakan mahal, soal kekayaan, berniaga air liur malah membangkitkan mengenai produk Jajan Jijan. 

Tambah Azizan, program itu ditaja sepenuhnya sempena ulang tahun ke-14 RichWorks bertempat di Setia City Convention Centre (SCCC).

“Bangsa usahawan bakal dipersiapkan dengan strategi dan panduan secara langsung bagi menyediakan mereka menguruskan bisnes semasa tempoh mencabar ini. 

“Ini bukan kelas motivasi, ini kelas strategi yang mana mereka akan belajar tentang apa saya lalui di sini (Columbia Business School) agar mampu urus keadaan krisis ekonomi dalaman malah luaran,” tegasnya.

Sehubungan itu, Azizan nak bercakap dengan usahawan, pengasas perniagaan, pengilang, pengeluar tidak kira peniaga mikro, kecil dan sederhana, selagi melakukan bisnes dalam pelbagai industri. 

“Mereka akan lebih jelas, nampak dan tahu apa pelan segera yang perlu dibuat sekurang-kurang dapat survive dalam tempoh mencabar ini.

“Bagi bangsa usahawan yang tak boleh tidur malam disebabkan bisnes bila memikirkan soal jualan, pelanggan, kos barangan dan tak tahu macam mana nak urus situasi ketika ini, anda dijemput pohon untuk sertai,” jelasnya. 

Jelas Azizan lagi, bukan mengenai betapa ramai orang yang sertai program itu nanti, tapi betapa ramai orang betul-betul berniaga yang kami boleh sokong dan hasilkan pencapaian mereka.

“Akhirnya, benda kita pentingkan adalah result matters. Kita sembang results boleh, kita tak sembang kari,” ujarnya.

Dr Azizan Osman kini berada di New York, Amerika Syarikat menghadiri kelas akhirnya di Columbia Business School bagi mendapatkan pelbagai kajian dan strategi untuk bangkit selepas pandemik ditambah dengan cabaran ekonomi sejak 6 Syawal lalu.

Sementara itu, mengulas mengenai produk Jajan Jijan, Azizan memberitahu, ia dikeluarkan sebagai kajian kes bagaimana nak mengeluarkan produk dalam program dijalankan sebelum ini.

“Haters suka nak spin, masa itu saya keluarkan produk keropok pedas untuk buat demonstrasi dalam kelas Marketing Power.

“Kami tempah 3,000 keropok dibawa dalam dewan dan tak sampai 5 minit sudah habis. Kami minta tambah lagi, namun pembekal tak mampu nak hantar disebabkan ikan dan pekerja tak cukup yang kemudian dijadikan kajian kes kepada peserta kami,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azizan memberitahu, usahawan berminat boleh pohon segera di laman web binabisnesberjaya.com malah RichWork juga akan sediakan sesi bonus secara online nanti.

“Program ini juga bagi usahawan-usahawan yang hadiri program RichWorks secara virtual sejak pandemik 2 tahun lalu,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Azizan Osman Mahu Orang Yang Tak Puas Hati Dengannya Cakap Depan-Depan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.