Tolak Semua Tawaran Berlakon & Mengacara, Sarah Hildebrand Bersara Dari Dunia Hiburan
Setelah lapan tahun bergelar anak seni, pelakon dan pengacara Sarah Hildebrand mengambil keputusan untuk bersara daripada dunia hiburan.
Perkara berkenaan telah diumumkan sendiri oleh Sarah menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di Instagram miliknya.
“Saya rasa ini masa yang sesuai untuk memaklumkan yang saya mahu bersara daripada dunia seni di Malaysia. Kini saya tidak akan terima sebarang tawaran sama ada sebagai pelakon atau pengacara.
“Sebenarnya saya masih lagi mendapat tawaran, tetapi masih tidak beri maklum balas lagi. Dengan pengumuman bersara ini, buatlah apa-apa pun bagi viral dan semua orang tahu,” katanya.
Pada masa sama, artis kacukan Amerika, Jerman dan Melayu itu turut menghargai sepanjang bergelar seorang anak seni.
“Terima kasih untuk pahit manis selama ini. Saya akan hargai setiap momen dan pengalaman itu,” ujarnya.
Sebelum ini, Sarah menarik perhatian umum apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab pada tahun 2020. – KopiPlanet.com
The post Tolak Semua Tawaran Berlakon & Mengacara, Sarah Hildebrand Bersara Dari Dunia Hiburan appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: