Mak Wan Latah Belum Sedia Fikir Pasal Kembali Berumah Tangga… Risau Pisang Berbuah Empat Kali
Pelakon veteran Mak Wan Latah yang baru sahaja bercerai menyatakan dia belum terfikir untuk kembali berumah tangga buat masa ini.
Mak Wan berkata, ketika ini dia reda dengan apa yang telah berlaku dan berserah kepada Allah yang menentukan segala-galanya.
“Saya tak berjanji untuk kata tak berkahwin lagi sebab semuanya perancangan Allah. Cuma buat masa ini memang tidak kerana takut pisang berbuah empat kali.
“Tentang apa yang berlaku tu, dalam bulan Ramadan ni saya tak nak cakap apa-apa, tak nak aib siapa-siapa. Nabi Muhammad pun ada orang fitnah, apatah lagi kita ni sebagai manusia biasa,” ujarnya.
Mak Wan berkata demikian ketika ditemui semasa pelancaran program raya Astro serta majlis berbuka puasa yang berlangsung semalam.
Baru-baru ini usia perkahwinan pelakon veteran berkenaan dengan Husain Dollah hanya bertahan selama tiga bulan sahaja apabila dia diceraikan dengan talak satu.
Ujar Mak Wan, ketika ini dia mahu menjalani kehidupan yang normal dan bersyukur kerana diberikan kesihatan yang baik serta tenaga yang kuat untuk bekerja.
“Apa yang boleh saya cakap, saya sedang menjalani kehidupan yang happy. Sekarang ini pun saya sedang menunggu sebarang tawaran lakonan, selain mahu fokus kepada kehidupan dunia dan akhirat,” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post Mak Wan Latah Belum Sedia Fikir Pasal Kembali Berumah Tangga… Risau Pisang Berbuah Empat Kali appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: