Ads Top

Mahu Beri Pendidikan Seks, Yuni Shara Mengaku Teman Anak-Anaknya Tonton Filem Lucah

Penyanyi Yuni Shara mengakui bahawa dia pernah menemani dua orang anaknya, Cavin Obrient Salomo Siahaan dan Cello Obient Siahaan menonton filem lucah.

Menerusi satu temubual bersama Venna Melinda yang disiarkan di YouTube, kakak kepada Kris Dayanti itu berkata, tujuannya berbuat demikian adalah semata-mata mahu memberikan pendidikan seks buat kedua-dua anaknya.

“Tidak mungkin lah ya Venna, anak-anak kita tidak menonton filem ini (filem Lucas).

“Filem ya, lucah lah maksudnya. Adalah mau yang jenis anime, mau jenis apa segala macem, akan ada,” jelasnya.

Ujarnya, dia sendiri berpendapat bahawa golongan remaja sekarang memang memiliki rasa ingin tahu yang cukup tinggi.

Jelasnya, dengan usia kedua-dua anaknya yang meningkat remaja, dia akui bahawa mereka mempunyai keinginan yang tinggi menonton filem lucah.

“Jadi, dah alang-alang lebih baik saya temankan sahaja (menonton). Saya tanya mereka macam mana menontonnya?

“Tidak dinafikan juga pada mulanya anak-anak saya memang berasa janggal ketika kami menonton bersama,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Mahu Beri Pendidikan Seks, Yuni Shara Mengaku Teman Anak-Anaknya Tonton Filem Lucah appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.