Ads Top

Dapat Sambutan Musim Pertama, Budak Tebing 2 Tampilkan Isu Berkenaan Penderaan & Kekeluargaan

Mencatatkan rekod gemilang dengan 10 juta penonton sepanjang siaran 13 episod dan melebihi 9 juta jumlah tontonan digital di Youtube TV3 Malaysia dan Drama Sangat, drama bersiri Budak Tebing terbitan Country & Universal Sdn. Bhd. kembali dengan musim baharu bersama-sama barisan pelakon utamanya.

Pengarahnya, Feroz Kader berkata, drama Budak Tebing yang pernah disiarkan sebelum ini mengambil pendekatan masalah sosial dalam kalangan remaja mendapat perhatian dan ikutan ramai sejak disiarkan.

“Sebenarnya saya terkejut mendapat tawaran untuk mengarahkan musim kedua. Saya tidak sangka ia mendapat sambutan hebat ketika disiarkan pada tahun lepas.

“Pada musim baharu ini, kami dapat melihat perubahan watak-watak budak tebing yang lebih matang dan penambahbaikan kepada watak Afendi lakonan Fauzi Nawawi dan memperkenalkan watak Pablo yang dijayakan oleh Pablo Amirul,” jelasnya.

Ujar Feroz, pihaknya difahamkan Budak Tebing amat diminati dalam pelbagai lapisan umur dan berharap Budak Tebing 2 dapat membuka mata penonton tentang isu penderaan kanak-kanak, jenayah dan kekeluargaan yang dipaparkan.

Budak Tebing 2 ialah kisah kesinambungan Budak Tebing dimana Tongki, Arif dan Talam terpaksa meneruskan kehidupan masing-masing setelah gagal ke Pulapol (Pusat Latihan Polis).

Tongki menjaga ayahnya sambil bekerja namun dia sering disabotaj, manakala Arif menghadapi kesulitan berhadapan dengan Yoyol yang enggan menerima kepulangan Afendi, ayah mereka yang muncul secara tiba-tiba. 

Laura membuat keputusan tidak ke London dan cuba mencari ibu kandungnya manakala Ira cuba membantu menyelesaikan masalah dua orang kanak-kanak gelandangan dan akhirnya membawa kepada pendedahan sindiket dan dendam terhadap Budak Tebing.

Drama bersiri 13 episod ini menyaksikan barisan pelakon seperti Adam Lee (Arif), Aedy Ashraf (Tongki), Eyka Farhana (Ira), Bella Dowanna (Laura), Fariz Isqandar (Yoyol) dan Firdaus Ghufran (Talam).

Musim baharu ini turut dijayakan oleh barisan pelakon hebat tanah air seperti Fauzi Nawawi (Afendi), Pablo Amirul (Pablo), Syafie Naswip (Paan), Zarina Zainuddin (Sabrina), Nellisa Nizam (Maria), Imran Aqil @ Ijeebster (Pijoy) dan ramai lagi. 

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Budak Tebing 2 menerusi slot Lestary TV3 mulai 18 Jun 2021, setiap Rabu hingga Sabtu, pukul 9:00 malam dan perkhidmatan penstriman iQIYI pada hari yang sama ia ke udara di seluruh Malaysia.

Apabila disiarkan kelak, siri drama ini berserta sari kata dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris akan dapat diakses untuk ditonton oleh semua untuk percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com atau muat turun aplikasi iQiyi di App Store dan Play Store atau melalui http://bit.ly/iQIYI. – KopiPlanet.com

The post Dapat Sambutan Musim Pertama, Budak Tebing 2 Tampilkan Isu Berkenaan Penderaan & Kekeluargaan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.