Ads Top

Takut Jumpa Doktor & Jarum Suntikan, Elfira Loy Tetap Beranikan Diri Dapatkan Vaksin AstraZeneca

Pelakon popular Elfira Loy menyatakan perasaan leganya apabila proses mengambil suntikan vaksin AstraZeneca berjalan lancar.

Ujar Elfira, pada mulanya dia berasa agak risau, namun dia tetap memberanikan diri untuk mendapatkan vaksin berkenaan.

“Sebenarnya saya ini seorang yang takut berjumpa dengan doktor dan jarum suntikan.

“Namun apabila difikirkan semula lambat-laun saya tetap akan kena ambil. Apa pun saya lega prosesnya berjalan dengan lancar,” ujarnya.

Elfira berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran kempen Anti Buli Siber anjuran Himaya Premium Hijab Mask yang berlangsung Hotel Hilton, Kuala Lumpur.

Pelakon berkenaan telah mengambil suntikan vaksin di Universiti Kebangsaan Malaysia pada pagi semalam.

Menurut Elfira, sebelum mendaftar untuk pengambilan vaksin, dia banyak membuat kajian mengenainya menerusi pembacaan di internet serta bertanya dengan beberapa pihak.

Ujarnya, dia tidak rasa terkesan dengan pelbagai cerita buruk berkenaan vaksin, sebaliknya lebih melihat kepada manfaat yang akan diperoleh.

“Sekurang-kurangnya apabila sudah mengambil vaksin ini, bolehlah saya berkongsi pengalaman dengan orang lain serta menggalakkan lebih ramai yang mahu mengambilnya.

“Memang akan ada yang akan rasa takut dan itu adalah normal. Jadi dengan perkongsian saya ini akan membuatkan mereka berani,” jelasnya.

Elfira berkata, dia akan mengambil dos suntikan kedua dalam tempoh 12 minggu akan datang. – KopiPlanet.com

The post Takut Jumpa Doktor & Jarum Suntikan, Elfira Loy Tetap Beranikan Diri Dapatkan Vaksin AstraZeneca appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.