Ads Top

“Ya Kak Kepom Pregnant” – Elly Mazlein Sahkan Kini Sedang Hamil Anak Kedua

Teka-teki yang bermain dalam kalangan peminat Elly Mazlein akhirnya terjawab apabila mengesahkan dirinya sedang hamil.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Elly menerusi akaun Instagram miliknya.

“Syukur Alhamdulillah.. InsyaAllah x lama lg akn hadir Nyawa kecil dlm keluarga kami. Atok akn dpt cucu lg .. Papa akn dpt seorg lagi anak manja dan Kakak Manja akn dpt Adik ( tp kakak Manja mintak “Sister” 🤗.. mana² pun xpe,Hanya menDoakan Baby sihat & dipermudahkan). Dan Mama x saba nak menjaga Kesemua Nyawa Suri Hati ni.

“Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.  Terima kasih di atas Doa, wahai kesayangan smua .. Terima kasih sentiasa bersama sy dari saat getir hingga Saat Pelangi kebahagian dtg menerpa .. Doa sy ,agar Allah permudahkn urusan anda smua. Dan akhir sekali jawapan bg smua soalan adalah? Alhamdulillah, Ya Kak Kepom Pregnant,” tulisnya.

Ternyata rata-rata peminat Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom itu gembira dengan perkara tersebut.

Ia merupakan kehamilan kedua buat Elly dan yang pertama bersama suaminya sekarang iaitu Mohamad Azlan Che Nuh.

Sebelum ini, Elly sudah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun. – KopiPlanet.com

The post “Ya Kak Kepom Pregnant” – Elly Mazlein Sahkan Kini Sedang Hamil Anak Kedua appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.