Ads Top

Instafamous Tampil Buat Permohonan Maaf, Sudah Padam Gambar Tampil Seksi Bersama PU Amin

Seorang Instafamous yang dikenali sebagai Nadira tampil membuat permohanan maaf gara-gara memuat naik gambarnya dalam penampilan seksi bersama PU Amin.

Permohonan maaf tersebut dibuat oleh instafamous yang menggunakan nama @nadiraisaac di Instagram miliknya.

“Saya tak sangka ia akan tercetus seteruk ini. Saya dengan rasa rendah hati ingin memohon maaf kepada PU kerana tercalit dengan isu ini. Kali ini saya akui kesilapan saya.

“Saya juga telah padam hantaran itu sebagai menghormati PU Amin, saya sekali lagi memohon maaf kepada semua yang tersinggung terutamanya PU Amin dan orang ramai.

“Kalau diberi peluang saya ingin menjemput PU Amin untuk memberi sesi tazkirah khas di opis untuk kami semua dalam keadaan yang lebih proper,” jelasnya.

Sebelum ini, PU Amin dikecam netizen gara-gara tersebarnya gambar dia bersama wanita seksi dalam satu majlis berbuka puasa pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Nadira juga menyatakan dia akan berusaha untuk memperbaiki dirinya pada masa akan datang.

“Saya akan berusaha untuk memperbaiki diri saya pada masa akan datang dan meminta orang ramai mendoakan kami ke pangkal jalan,” katanya. – KopiPlanet.com

The post Instafamous Tampil Buat Permohonan Maaf, Sudah Padam Gambar Tampil Seksi Bersama PU Amin appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.