Ads Top

“Casino? Are You Serious? Bulan Puasa Ni, Awak Ni Bukan Muslim Ke?” – Mona Allen Dedah Dapat Tawaran Untuk Pengiklanan Syarikat Judi


Ketika ini kecoh mengenai beberapa individu muslim yang terlibat dengan pengiklanan untuk syarikat perjudian secara dalam talian.

Yang terbaru, seorang pelakon wanita popular iaitu Mona Allen turut mendedahkan bahawa dirinya pernah mendapat tawaran yang sama.

Perkara tersebut didedahkan di Insta Story miliknya apabila dia dihubungi oleh seorang individu yang dikenali sebagai ‘Hanna’.

Individu berkenaan telah menawarkan Mona untuk terlibat dalam pengiklanan perjudian menerusi akaun TikTok.

Namun begitu, pelakon berkenaan telah mempersoalkan mengenai tawaran berkenaan, apatah lagi di bulan puasa.

“Casino? Are you serious? Bulan puasa ni, awak ni bukan Muslim ke?” persoal pelakon berkenaan.

Bagaimanapun, individu berkenaan lantas memohon maaf kepada pelakon tersebut. – KopiPlanet.com

The post “Casino? Are You Serious? Bulan Puasa Ni, Awak Ni Bukan Muslim Ke?” – Mona Allen Dedah Dapat Tawaran Untuk Pengiklanan Syarikat Judi appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.