Ads Top

Yung Raja Jadi Artis Singapura Pertama Tersenarai di ‘Artists To Watch’ NME’s 100

Perjuangan Yung Raja ke A.S. bermula dengan pelancaran Mami, di samping Alamo Records, tempat naungan beberapa bintang hip-hop terlaris seperti Lil Durk dan Smokepurpp.

Artis yang digelar sebagai artis hip-hop avant-garde Asia Tenggara itu terkenal dengan asimilasi lirik bahasa Inggeris dan Tamil yang padu, berjaya memasuki pasaran global dengan single ‘psychedelic’, single dengan genre trap-heavy yang dihasilkan secara usaha sama dengan Flightsch.

Apa yang menariknya, Yung Raja juga menyuntik permainan katanya yang pelbagai bahasa, menimbulkan sensasi yang menagihkan penuh dengan unsur budaya.

Dalam perjalanan untuk merapatkan jurang di Asia Tenggara dalam arena muzik arus perdana, dia dimasukkan dalam senarai NME’s 100 dan muncul sebagai orang Singapura pertama yang berjaya memasuki senarai ‘artists to watch’ dalam platform ini pada bulan lalu.

Menerusi lagu berkenaan, Yung Raja layak untuk terus berada dalam senarai tersebut apabila menampilkan apa yang ingin dibawa ke pentas global – suara yang asing tetapi biasa didengar bagi pencinta muzik di mana-mana.

Beberapa single Yung Raja yang lalu telah mengetengahkan warisan, identiti dan cara hidup rapper berbangsa India itu di Singapura.

Dengan penampilan sulung di Alamo Records, Mami meletakkan kemampuan unik Yung Raja untuk merapatkan dan menggabungkan semua budaya dalam fokus.

Penggunaan Mami adalah sebahagian daripada tradisi lama dalam bahasa dan dalam lagu-lagu hip-hop bertema pesta.

Pada tahun 2021, Yung Raja menggabungkan makna multi-dimensi dan manifestasi yang memperlihatkan dengan jelas definisi baru untuk istilah itu, meraikan kecantikan dan keindahan wanita dalam semua sulaman emas yang mengagumkan.

Mami adalah satu lagi ‘banger’ yang dicipta bersesuaian untuk arena kelab malam. Penggunaan intuitif rentak ‘Trap’ dari Flightch yang kedengaran santai dan seperti bermain-main dizahirkan dengan mudah oleh Yung Raja dalam bahasa Inggeris dan Tamil.

Lagu ini sarat dengan permainan kata Yung Raja yang pantas dan jujur di samping membangkitkan perasaan romantis lantas membuktikan bahawa humor, keyakinan, dan kreativiti menjadi label rapper berusia 26 tahun itu.

Rapper ini bermula dengan mendefinisikan dirinya sebagai kehadiran seseorang berbangsa India yang berlainan di medan pertembungan budaya hip-hop Singapura.

Sekarang ini dengan kekuatan bintangnya yang semakin menyinar, dia menggunakannya untuk menonjolkan budayanya dengan tepat, tetapi tidak tanpa keseronokan.

Video muziknya dibikin oleh Bless7Up dan disunting dan dinilai oleh Jasper Tan dari Vadbibes dengan menonjolkan kemewahan dengan sedikit kegembiraan komik. – KopiPlanet.com

The post Yung Raja Jadi Artis Singapura Pertama Tersenarai di ‘Artists To Watch’ NME’s 100 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.