Ads Top

Ramai Pertikai Neelofa & PU Riz Bulan Madu Di Langkawi, Namun Pergerakan Ke Pulau Tersebut Dibenarkan Dengan Beberapa Syarat

Pasangan popular yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, Neelofa dan PU Riz telah dipertikai gara-gara dikatakan pergi berbulan madu di Pulau Langkawi.

Ramai yang mempertikaikan mengenai perkara tersebut memandangkan situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan sekarang ni.

Namun begitu, seorang pengguna Twitter telah barkongsi satu info grafik mengenai Gelembung Pelancongan Bersasar yang dipaparkan.

Menerusi info tersebut, Pulau Langkawi ketika ini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), meskipun negeri Kedah berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Malah, untuk pergi melancong ke kawasan PKPB, terdapat beberapa syarat yang dikenakan seperti pergerakan secara persendirian tidak dibenarkan dan perlu menggunakan perkhidmatan agensi dan syarikat kenderaan pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Seni dan Pelancongan Budaya Malaysia (MOTAC).

Selain itu, syarat yang dikenakan adalah agensi pelancongan perlu dapatkan kebenaran polis untuk pergerakan rentas negeri dan tidak dibenarkan berhenti di negeri PKPB.

Namun begitu, dalam info yang dipaparkan juga dinyatakan pergerakan dari PKPB ke PKPP masih tidak dibenarkan dan yang dibenarkan hanya PKPP ke PKPP sahaja.

Meskipun Pulau Langkawi terletak di bawah PKPP, namun Kuala Lumpur tidak termasuk dalam negeri PKPB.

Setakat ini, negeri yang berada di bawah PKPP adalah seperti Perlis, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu dan Sabah. – KopiPlanet.com

The post Ramai Pertikai Neelofa & PU Riz Bulan Madu Di Langkawi, Namun Pergerakan Ke Pulau Tersebut Dibenarkan Dengan Beberapa Syarat appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.