Ads Top

(Video) Penduduk Gempar, Dilapor Temui Kubur Tua Tiba-Tiba Meninggi Dari Biasa, Tiada Nama Pada Batu Nisan

Penduduk di Padang Pariaman telah dikejutkan dengan penemuan kuburan tua yang meninggi dalam seminggu, lapor Aceh Tribun News.

Menurut portal itu, kuburan yang terletak Korong Sungai Asam itu disedari meninggi secara tiba-tiba dan tidak ditumbuhi rumput, berbeza dengan kuburan yang lain di kawasan berkenaan.

Tambah Aceh Tribun News, peristiwa itu telah dirakam dan kini menjadi tular di media sosial, sekaligus menyebabkan orang ramai mula mengunjungi kawasan tersebut.

“Kejadiannya sekitar lima hari lalu. Namun baru viral tiga hari kebelakangan ini selepas ada yang videokannya,” kata Anwar, wakil penduduk setempat kepada media tempatan.

Ujarnya, kuburan itu telah berusia puluhan tahun, namun tiada kubur setinggi itu di sana sebelumnya.

Tambahnya lagi, pada tahun lalu, ada kubur yang tinggi tanahnya sekitar lutut orang dewasa. Namun ketika ada penduduk yang pergi menziarahi dan membersihkan makam keluarga, mereka melihat ada makam yang tanahnya meninggi, kata Anwar.

“Dahulu memang ada yang tinggi juga, tapi tidak setinggi itu,” katanya, menjelaskan tanah kubur itu naik sekitar satu meter.

Lapor Aceh Tribun News, tinggi kubur itu sekitar 1.5 meter dan lebarnya 3.5 meter, sedangkan kubur normal hanya sekitar 40-50cm, kata Anwar.

“Sampai sekarang masih ramai orang datang melihat sampai malam. Pagi lepas subuh juga sudah ada yang datang. Ini fenomena alam dan kejadian aneh,” katanya.

Bagaimanapun, dia masih belum tahu pemilik kubur berkenaan.

“Bahkan sampai sekarang, kami tidak tahu kubur siapa, kerana tidak ada namanya pada batu nisan,” ujar Anwar.

Bagi mengelakkan kerosakan, pihak penduduk setempat telah memasang tali sebagai pagar sementara di sekitar kubur tersebut.

Sumber: Aceh Tribun News

The post (Video) Penduduk Gempar, Dilapor Temui Kubur Tua Tiba-Tiba Meninggi Dari Biasa, Tiada Nama Pada Batu Nisan appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.