(Video) Ingenuity, Helikopter Kecil Ini Bakal Jadi Kenderaan Pertama Ciptaan Manusia Berlepas Dari Planet Marikh
Sejarah baharu akan tercipta iaitu sebuah helikopter kecil kini sedang bersiap sedia untuk terbang di sekitar langit planet Marikh.
Menurut ABC News, helikopter yang dikenali Ingenuity itu dilapor akan melakukan penerbangan pertamanya sekitar 8 April nanti.
Helikopter berukuran meja kecil itu tiba di Marikh pada bula Februari lalu dan tersimpan dengan selamat di bawah Perseverance Rover NASA yang mengisi bateri helikopter dan membuatnya tetap panas.
Pada 21 Mac, Rover menggunakan perisai serpihan komposit grafit berbentuk kotak gitar yang melindungi Ingenuity semasa pendaratan, lapor Spaceref.
Rover juga kini sedang dalam perjalanan ke ‘lapangan terbang’ di mana Ingenuity akan berusaha untuk terbang.
Setelah dikerahkan, Ingenuity akan mempunyai masa selama 30 hari di Marikh atau sol (31 hari bumi) untuk menjalankan kempen penerbangan percubaannya.
“Ketika Rover Sojourner NASA mendarat di Marikh pada tahun 1997, ia membuktikan bahawa kita mungkin boleh menjelajah ‘Planet Merah’ itu. Kita juga boleh belajar mengenai potensi kepintaran untuk masa depan penyelidikan sains,” kata pengarah Bahagian Sains Planet di Ibu Pejabat NASA, Lori Glaze.
Terbang secara terkawal di Marikh jauh lebih sukar daripada terbang di Bumi, ‘Planet Merah’ itu mempunyai graviti yang signifikan (kira-kira satu pertiga daripada Bumi), tetapi atmosferanya hanya 1% setebal bumi di permukaan.
Pada waktu siang di Marikh, permukaan planet hanya menerima sekitar separuh jumlah tenaga suria yang sampai ke Bumi dan suhu pada waktu malam dapat turun serendah minus 130 darjah Fahrenheit (90 darjah Celcius).
Ia dapat membekukan dan memecahkan komponen elektrik yang tidak dilindungi.
Sebelum Ingenuity melakukan penerbangan pertamanya di Marikh, ia mesti berada tepat di tengah-tengah lapangan terbangnya iaitu di tanah seluas 33 kaki yang dipilih kerana kerataan dan kekurangan halangannya.
Berdiri hanya pada ketinggian lutut dan berat hanya 1.8 kg, Ingenuity telah dirancang dari awal untuk menepati keadaan di Marikh.
Dengan kos $ 80 juta, helikopter itu mengambil masa selama tiga tahun untuk dibina menggunakan gabungan teknologi tinggi.
The post (Video) Ingenuity, Helikopter Kecil Ini Bakal Jadi Kenderaan Pertama Ciptaan Manusia Berlepas Dari Planet Marikh appeared first on Siakap Keli.
No comments: