Ads Top

(Video) Banduan Lolos Penjara Pengkalan Chepa Ditahan Semula, Sembunyi Dalam Tali Air Setelah Motosikal Dinaiki Terbabas

KOTA BHARU, 28 Mac (Bernama) — Banduan yang melarikan diri dari Penjara Pengkalan Chepa dekat sini semalam, dapat ditangkap semula oleh polis di Kampung Terbak, Tumpat, pada kira-kira 5 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Abdul Rahim Daud berkata lelaki itu diberkas ketika bersembunyi di dalam tali air setelah motosikal yang dinaikinya terbabas ke dalam parit berkenaan.

Dia ditangkap oleh sepasukan polis yang mengekorinya ketika dia menunggang motosikal itu, katanya dalam kenyataan hari ini.

“Pihak polis mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang sama-sama membantu menyalurkan maklumat sehingga suspek berjaya ditangkap dalam masa yang singkat,” katanya lagi.

Dalam kejadian semalam, suspek berusia 31 tahun itu disedari melarikan diri semasa proses pembuangan sampah dan dipercayai telah memanjat pagar di kawasan menara penjara.

Suspek merupakan banduan reman bicara bagi kes di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya dan ditahan di Penjara Pengkalan Chepa sejak 22 Mac lalu.

BANDUAN LOLOS PENJARA PENGKALAN CHEPA DITAHAN SEMULALelaki itu diberkas ketika bersembunyi di dalam tali air setelah…

Posted by BERNAMA on Saturday, March 27, 2021

Sumber: Bernama

The post (Video) Banduan Lolos Penjara Pengkalan Chepa Ditahan Semula, Sembunyi Dalam Tali Air Setelah Motosikal Dinaiki Terbabas appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.