Setelah Berdiam Diri, Hannah Delisha Akhirnya Tampil Buat Permohonan Maaf, Akui Ada Masalah Peribadi
Bar-baru ini nama pelakon Hannah Delisha kembali menjadi sebutan berhubung perkahwinan dengan Imam Shah yang dikatakan tidak mendapat restu ibunya.
Malah, satu posting yang dimuat naik di Instagram ibunya telah menguatkan lagi kisah berkenaan.
Setelah berdiam diri, akhirnya pelakon Hannah Delisha tampil membuat kenyataan di Insta Story miliknya.
“Saya minta maaf atas perhatian yang tidak diingini buat masa ini. Ya, seperti orang lain saya juga mempunyai masalah peribadi dan saya minta maaf kerana ia tersebar kepada umum.
“Apabila saya mula memasuki industri ini, tujuan saya hanya mahu menghiburkan anda semua, menerusi kerja hasil kerja seni dan bukan berkenaan kisah peribadi. Saya cuba menghindari gosip sejauh yang mungkin dan membawa nama negara dengan bermaruah,” tulisnya.
> Baca: Puisi Ibu & #IbuTidakRestu Undang Tanda Tanya Tentang Perkahwinan Hannah Delisha
Apa yang lebih menarik perhatian, terdapat juga dakwaan yang mengatakan dia dan Imam sebenarnya telah mendirikan rumah tangga pada tahun lalu.
Dalam pada itu, pelakon itu juga sekali lagi memohon maaf terhadap berita tentang dirinya dan keluarga yang telah tersebar.
> Baca: Ibu Mentua Minta Hannah Delisha & Imam Shah Teruskan Bersabar
“Sekali lagi, saya memohon maaf atas berita yang tidak menyenangkan tentang diri saya atau keluarga.
“Anda semua berhak mendapat yang lebih baik daripada saya. Saya mengharapkan doa anda semua buat kami,” ujarnya. – KopiPlanet.com
Kredit Foto: Instagram Hannah Delisha
The post Setelah Berdiam Diri, Hannah Delisha Akhirnya Tampil Buat Permohonan Maaf, Akui Ada Masalah Peribadi appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: