Ads Top

Polis Sahkan Neelofa Serta Tiga Individu Lain Ke Pulau Langkawi Atas Urusan Kerja


Polis hari ini telah mengesahkan sudah memberi kebenaran kepada selebriti terkenal, Neelofa serta tiga lagi individu lain untuk ke Langkawi atas urusan kerja.

Memetik laporan BH Online, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, menerusi permohonan yang dibuat oleh wakil sebuah syarikat produk minuman di Balai Polis Sri Hartamas mendapati tujuan utama Neelofa dan wakil syarikat terbabit ke Langkawi adalah atas urusan kerja dan bukannya untuk berbulan madu.

Ujar beliau, menerusi permohonan berkenaan kesemua mereka dibenarkan pergi ke lokasi tujuan bermula 27 Mac hingga 4 April 2021.

“Hasil semakan pada borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditandatangani oleh Ketua Polis Balai, Balai Polis Sri Hartamas mendapati sebab-sebab pergerakan keluar empat individu ini adalah atas urusan kerja.

“Syarikat terbabit juga mengeluarkan surat memaklumkan nama Neelofa dan tiga yang lain berserta nombor kad pengenalan sebagai mewakili mereka untuk melawat kawasan syarikat minuman tersebut akan dibuka,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, terdapat laporan yang mengatakan Neelofa dan suaminya, PU Riz dikatakan telah pergi ke Langkawi untuk berbulan madu.

Dalam pada itu, Basri menyatakan bahawa berdasarkan jadual pergerakan mereka, lokasi yang akan dituju oleh Neelofa dan empat lagi adalah Langkawi, Sungai Petani, dan Kangar, Perlis.

“Berdasarkan lampiran surat permohonan, mereka dijadualkan tiba di Langkawi pada 29 Mac dan akan berada di sana sehingga 2 April sebelum melawat ke cawangan syarikat minuman itu di Sungai Petani dan Kangar pada 3 April,” katanya.

Tambah beliau, sekiranya terbukti kehadiran Neelofa ke Langkawi untuk tujuan berbulan madu, maka pihak polis di sana boleh mengambil tindakan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara. – KopiPlanet.com

The post Polis Sahkan Neelofa Serta Tiga Individu Lain Ke Pulau Langkawi Atas Urusan Kerja appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.