Ads Top

Polis Akan Panggil Penganjur Majlis Pernikahan Neelofa & PU Riz Berkaitan Pematuhan SOP

Polis sudah membuka kertas siasatan dan akan memanggil penganjur majlis pernikahan selebriti popular, Neelofa, 32,dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Seperti yang dilaporkan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Susulan itu kita akan memanggil penganjur bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal.

Semalam, pengacara Neelofa dan PU Riz telah melangsungkan perkahwinan di sebuah hotel yang dihadiri ahli keluarga, sahabat dan rakan artis. – KopiPlanet.com

The post Polis Akan Panggil Penganjur Majlis Pernikahan Neelofa & PU Riz Berkaitan Pematuhan SOP appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.