Ads Top

Elly Mazlein Masih Berteka-Teki Apabila Dikatakan Sedang Hamil Anak Kedua

Pengacara dan pelakon sensasi, Elly Mazlein sehingga kini masih lagi berteka-teki berhubung dirinya yang dikatakan sedang hamil anak kedua seperti yang diperkatakan peminat.

Elly atau pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, dia menyatakan tidak akan berahsia dan akan mengumumkan berita gembira berkenaan di platform media sosial sekiranya memang dia sedang hamil.

“Saya tahu memang ramai yang sayang dan selalu mendoakan saya. Apabila dah tiba masa dan sudah confirm, barulah saya akan kongsikan berita gembira tersebut di Instagram.

“Kalau boleh saya akan cuba untuk berlaku adil kepada semua pihak, terutama sekali peminat dan media yang sentiasa menyokong saya,” jelasnya.

Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom itu ditemui semasa majlis pelancaran Program Ramadan Astro Buka Lembaran Baharu 2021 di Astro Bukit Jalil semalam.

Sebelum ini, timbul spekulasi yang mendakwa Elly kini sedang hamil selepas sebuah video menerusi akaun TikTok Suria FM yang menampakkan seolah-olah kelihatan baby bump.

Dalam pada itu, Elly memberitahu reaksi anaknya perempuannya, Putri Sara Sefhia yang turut menyuarakan hasrat untuk mempunyai adik.

“Sefhia memang dah lama tanya pasal nak adik dan peminat pun nak tengok anak bersama suami. Sekiranya dah betul-betul ada (hamil), saya akan beritahu.

“Bukanlah disebabkan nak tunggu dah masuk bulan ketiga atau bulan keempat baharu nak umum atau apa,” ujarnya.

Elly berkahwin dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari tahun lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Sebelum ini, dia pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun. – KopiPlanet.com

The post Elly Mazlein Masih Berteka-Teki Apabila Dikatakan Sedang Hamil Anak Kedua appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.