Ads Top

Yusry Sahkan Lisa Surihani Kini Sedang Hamil Anak Ketiga


Pengarah terkenal, Datuk Yusry Abdul Halim mengesahkan isterinya, pelakon Datin Lisa Surihani kini hamil anak ketiga.

Yusry berkata, ia bermula secara kebetulan setelah dia memuat naik gambarnya bersama isterinya bersempena ulang tahun kesembilan perkahwinan mereka semalam.

“Gambar kami berdua semalam yang dimuat naik nampaknya mengundang spekulasi itu ini. Tak apa benda baik, jadi lambat laun akan tahu juga.

“Alhamdulillah kedua-dua anak kami iaitu Yahaira Leanne dan Yusof Leonne nampaknya akan dapat adik tak lama lagi. Semoga dipermudahkan. Saya harap semua mendoakan yang terbaik untuk Lisa. Doa yang baik juga kami panjangkan untuk semua,” katanya.

Bagaimanapun, Yusry menjelaskan yang dia belum bersedia mendedahkan berapa usia kandungan isterinya.

“Ikutkan berita isteri saya hamil sudah dikongsi sesama ahli keluarga. Cuma tidak secara terbuka sebelum ini.

“Dalam perkara ini, kami tak boleh mementingkan diri. Ada pasangan yang ditakdirkan lambat beroleh rezeki. Kami juga pernah melalui fasa berkenaan.

“Ia bukan sesuatu yang senang. Saya dan isteri mendoakan semoga Allah makbulkan berita gembira buat yang masih berharap untuk mendapat cahaya mata. InsyaAllah,” katanya.

Sementara itu, Lisa juga memanjat kesyukuran kerana diberi kesempatan dan nikmat sekali lagi untuk hamil.

“Moga dipermudahkan segala galanya. InsyaAllah,” kata Lisa.

Yusry dan Lisa bernikah pada 23 Februari 2012 dan kini mereka sudah memiliki dua orang cahaya mata. – KopiPlanet.com

The post Yusry Sahkan Lisa Surihani Kini Sedang Hamil Anak Ketiga appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.