Ads Top

Wany Hasrita Akui Single Baharu Cinta Khayalan Lagu Yang Paling Sukar Untuk Dirakam

Enam tahun bergelar seorang penyanyi dan sudah merakamkan 18 buah lagu, kini Wany Hasrita muncul dengan single baharu berjudul Cinta Khayalan.

Menariknya, lagu berkenaan telah mendapat sentuhan istimewa daripada Farouk Razak dan Amylea Azizan.

“Cinta Khayalan merupakan lagu yang paling berat dan susah untuk saya rakamkan, kerana lagu ini memerlukan emosi yang kuat selain perlu fokus pada vocal dan ini pertama kali saya merakamkan  lagu yang memerlukan masa yang lama untuk disiapkan. 

“Empat kali saya ke studio rakaman bagi memastikan hasil lagu ini betul-betul mencapai tahap yang dikehendaki oleh pencipta lagu ini. Memang agak mencabar kerana lagu ini sebenarnya saya rakamkan sewaktu bulan Ramadhan tahun lalu. Namun saya sangat puas hati kerana pengorbanan saya berbaloi,” ujarmya.

Wany berkata, lagu berkenaan agak berat buat dirinya kerana mempunyai maksud yang mendalam, tetapi dia gembira kerana telah Berjaya keluar dari zon selesa.

Ujarnya, kali pertama dia mendengarkan melodi Cinta Khayalan, dia sudah tertarik dan lantas ‘jatuh cinta’ dengan lagu berkenaan.

“Jujur saya katakan yang saya ‘in love’ dengan lagu ini. Saya mohon agar peminat dengar lagu ini dan menjadi juri serta boleh beri komen tentang lagu dan cara nyanyian saya.

“Saya rela dikritik demi kebaikan kerjaya saya, tetapi kritik tentang lagu dan.bukan tentang kisah peribadi,” jelasnya.

Ujarnya, dia berharap agar Cinta Khayalan mendapat sambutan yang luar biasa dan berjaya membawanya ke pentas Anugerah Juara Lagu akan datang.

“Muzik video Cinta Khayalan akan mula ditayangkan di saluran Youtube FMC Music serta ia boleh dimuat turun seluruh platform digital mulai 5 Februari pukul 8.00 malam. – KopiPlanet.com

The post Wany Hasrita Akui Single Baharu Cinta Khayalan Lagu Yang Paling Sukar Untuk Dirakam appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.