(Video) Lima Tahun Terbiar, Bulu Biri-Biri Seberat Lebih 34kg Akhirnya Dicukur, Siap Ada Ranting Didalamnya
Lazimnya, biri-biri akan menggugurkan bulu mereka sendiri secara semulajadi. Namun, disebabkan domestikasi dan pembiakan terpilih, spesies biri-biri ternakan kini perlu dicukur setiap tahun bagi mengelakkan bulu mereka menjadi tebal dan berat (Lad Bible, 2021).
Inilah yang berlaku kepada seekor biri-biri di Melbourne, Australia yang melarikan diri untuk hidup liar selama beberapa tahun. Menurut LadBible, biri-biri yang dinamakan Baarack itu akhirnya ditemui bersendirian setelah lima tahun kemudian dalam keadaan terbeban dengan bulunya yang lebat. Keadaan ini sekaligus menghalang pergerakan dan penglihatan biri-biri berkenaan.
Susulan itu, pihak pusat perlindungan haiwan telah membawa Baarack untuk mencukur bulunya yang semakin berat dan tebal. Tambah portal itu, mereka turut menemui ranting dan serangga di dalam bulu haiwan berkenaan. Malah, disebabkan ketebalannya yang luar biasa, mereka mengambil masa lebih lama untuk mencukur bulu Baarack berbanding biri-biri lain.
Hasilnya, pihak pusat perlindungan telah berjaya menyingkirkan bebanan sebanyak 77 paun (kira-kira 34.9 kg) daripada haiwan tersebut.
This sheep was found with five years-worth of its wooly coat that needed shearing off – what a transformation! pic.twitter.com/BKsgFohQLr
— LADbible (@ladbible) February 24, 2021
Sumber: Lad Bible
The post (Video) Lima Tahun Terbiar, Bulu Biri-Biri Seberat Lebih 34kg Akhirnya Dicukur, Siap Ada Ranting Didalamnya appeared first on Siakap Keli.
No comments: