(Video) Dijangkiti COVID-19 & Kuarantin Dirumah, Ibu Sebak Hanya Dapat Main Dengan Anak Dekat Celah Pintu
Walau segetir manapun ujian yang datang menimpa, kasih sayang seorang ibu kepada anaknya tidak akan pernah luntur.
Sama seperti yang dikongsikan oleh Amy Udin di TikTok ini, dia telah disahkan dijangkiti COVID-19.
Disebabkan itu, dia terpaksa menjalani kuarantin kendiri di rumah dan semestinya tidak boleh berada dekat dengan suami dan anaknya.
Apa yang menyedihkan, dia hanya mampu bermain dan berinteraksi dengan anak-anaknya melalui celah pintu sahaja.
@mamiemopopo
Dihubungi SK, Ain berkata bahawa dirinya disahkan positif COVID-19 pada 5 Februari lalu dan kini menjalani kuarantin di rumah.
Menurutnya, dia tidak menyangka akan dijangkiti virus itu kerana dia merupakan seorang suri rumah dan tidak mempunyai kontak rapat dengan sesiapa.
Pastinya sangat berat situasi yang dialami olehnya, tambahan pula anaknya yang kecil masih lagi menyusu.
“Nak semua orang tahu, COVID-19 ada di mana-mana, lagi pula saya ada anak-anak kecil, risau dengan keadaan mereka,” katanya.
Menerusi perkongsian video yang terbaru, suami dan empat orang anaknya juga perlu menjalani ujian swab dan kini sedang menanti keputusan.
@mamiemopopo
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang sebak melihat situasi yang dialami oleh Amy.
Ain juga memohon doa dari orang ramai agar dirinya segera sembuh dan anak-anaknya serta suami tidak dijangkiti virus itu juga.
Sumber: mamiemopopo
The post (Video) Dijangkiti COVID-19 & Kuarantin Dirumah, Ibu Sebak Hanya Dapat Main Dengan Anak Dekat Celah Pintu appeared first on Siakap Keli.
No comments: