Ads Top

Isteri Dituduh Cemburu, Akim Ahmad Naik Angin Terhadap Tuduhan Model Kacukan Jerman-Vietnam

Seorang model kelahiran Vietnam yang dikenali sebagai Jade Anh telah mencetuskan kontroversi apabila meluahkan rasa kesal apabila babaknya dalam video muzik Rampas nyanyian Akim & The Majestret telah dipotong.

Lebih menghangatkan lagi, model itu turut menunjukkan perbualan menerusi mesej yang menyatakan babak berkenaan terpaksa dibuang gara-gara isteri Akim iaitu Stacy dikatakan cemburu.

Melihatkan keadaan berkenaan, Akim dilihat seperti naik angin terhadap tuduhan berkenaan, apatah lagi ia dibangkitkan ketika sambutan ulang tahun perkahwinannya.

“Hari ni anniversary aku, kau kacau family aku? Kau rasa kau siapa sial?

“Ini bila kita dah bagitau jalan cerita sesebuah lagu tu dah dibincangkan, tapi tetap nak buat sesuatu atas sebab “art” sebab nak kepuasan nafsu sendiri dalam berkarya. Siapakah?????,” luahnya.

Menjelaskan mengenai perkara berkenaan, Akim berkata lagu ciptaannya itu adalah ditujukan khas buat arwah ibunya.

“Rampas tu, tulisan khas atas pemergian orang yang paling aku sayang, ibu aku. Dengan MV yang pada aku agak sensitif dan keterlaluan, aku rasa tak sesuai untuk aku keluarkan.

“Jadi aku amik keputusan untuk tukar semua konsep MV kepada yang boleh ditonton untuk semua,” jelasnya.

Menurutnya lagi, jalan cerita yang ditampilkan juga tidak bersesuaian dengan maksud lagu berkenaan.

“Jadi bila dah edit, rasa tak kena jalan cerita dengan maksud lagu. Jadi aku mintaklah untuk keluarkan scene-scene yang tak kena,” tegasnya.

Muzik Video Rampas telah dihasilkan pada tahun 2018 dan sudah mendapat 12 juta tontonan di YouTube. – KopiPlanet.com

The post Isteri Dituduh Cemburu, Akim Ahmad Naik Angin Terhadap Tuduhan Model Kacukan Jerman-Vietnam appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.