(Video) 30 Ratu Cantik Jatuh Dalam Air, Jambatan Gantung Tiba-Tiba Roboh Ketika Sakan Ber’Posing’
Mungkin ini menjadi peristiwa yang tidak dapat dilupakan oleh 30 orang ratu cantik di Thailand apabila kesemua mereka jatuh serentak ke dalam air ketika sedang bergambar di atas jambatan gantung.
Menerusi video yang dmiuat naik, kesemua wanita yang merupakan peserta Miss Thailand itu sedang berbaris di atas jambatan dengan memegang minuman sambil beraksi di hadapan kamera.
Ketika sedang asyik melambai ke arah jurugambar, jambatan gantung itu secara tiba-tiba runtuh sekaligus menyebabkan kesemua peserta terjerumus ke dalam air kolam yang keruh.
Peserta yang terkejut dilihat menjerit dan ada tiga di antaranya mengalami kecederaan ringan dengan lebam dan luka. Mereka dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Worapot Chatkanjana, 43, pemilik restoran yang menyediakan tempat penggambaran itu telah menyumbangkan 500,000 Baht (RM67, 620) untuk membayar bil perubatan mereka.
”Saya juga akan membayar kepada peserta lain untuk membersihkan pakaian mereka secara profesional.
“Saya tidak tahu mengapa jambatan itu pecah. Ia kuat, tetapi tidak dapat menahan berat wanita,” katanya.
Baki 27 peserta akan meneruskan persaingan tanpa tiga pesaing mereka, yang akan kembali bertanding semula pada esok setelah berehat.
Dr Adisorn Suddee, Pengarah Miss Thailand 2020, berkata: ”Biasanya pertandingan ini diadakan di Bangkok, tetapi kali ini kami memilih Chiang Mai dan kami yakin bahawa ia akan selamat dan terjamin.
”Ini adalah hari kedua peraduan dan tidak dijangka jambatan itu akan pecah,” katanya.
Pertandingan ratu cantik adalah industri yang berkembang pesat di Thailand, dengan acara diadakan di peringkat serantau dan kebangsaan sepanjang tahun.
Wanita yang menjadi juara akan mendapat hadiah wang tunai dengan ratusan ribu dolar, serta perjanjian pemodelan dan penajaan yang menguntungkan.
Sumber: Mirror UK
The post (Video) 30 Ratu Cantik Jatuh Dalam Air, Jambatan Gantung Tiba-Tiba Roboh Ketika Sakan Ber’Posing’ appeared first on Siakap Keli.
No comments: