Ads Top

Uji Rashid Dedah Cico Harahap Telah Diracun Rakan-Rakan Sendiri

Pelakon dan penyanyi veteran, Uji Rashid mendedahkan bahawa anaknya, Cico Harahap telah diracun oleh rakan-rakannya ketika menghadiri sambutan hari jadi salah seorang rakannya.

Menerusi perkongsian ketika menjadi tetamu Telekung Talk bersama Profesor Datuk Dr. Muhaya Mohamad di Facebook Live, Uji memberitahu racun itu boleh membunuh dalam tempoh masa empati jam.

“Cico bukanlah disihir, dia telah diracun oleh rakan-rakannya dan doktor menjelaskan terdapat beberapa jenis racun yang dimasukkan ke dalam minumannya.

“Racun berkenaan dikatakan boleh membunuh dalam tempoh empat jam, namun Cico masih diberikan umur yang panjang sehingga sekarang dengan kuasa Allah,” jelasnya.

Pendedahan tersebut dibuat oleh beliau setelah ramai yang beranggapan bahawa sebelum ini anaknya telah disihir sehingga mengalami penyakit misteri.

Menurut Uji, setelah diracun anaknya itu telah ditinggalkan tanpa bantuan sesiapa dan wajahnya dipenuhi darah.

“Selepas itu berhari-hari dia terlantar sakit dan saya cuma mampu berserah dan memohon kepada Allah.

“Apa pun saya bersyukur apabila Cico kini sudah semakin pulih, meskipun berhadapan dengan masalah pertuturan dan sukar untuk membaca,” ujarnya.

The post Uji Rashid Dedah Cico Harahap Telah Diracun Rakan-Rakan Sendiri appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.