Ads Top

Tasha Shilla Umum Kini Sedang Hamil Lima Bulan

Pelakon Tasha Shilla mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil lima bulan.

Perkara tersebut di kongsikan sendiri olehnya menerusi Instagram miliknya hari ini.

“Assalamualaikum whbth & Salam Sejahtera, kepada semua rakan-rakan, sahabat, dan keluarga tercinta. Syukur Alhamdulillah Tasha dan Atiq ingin membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang kini berusia lima bulan.

“Saya memohon anda semua doakan yang baik-baik supaya bayi di dalam kandungan dikurniakan kesihatan yang baik, dan selamat hingga ke hari kelahiran dan hari-hari selanjutnya In shaa Allah,” tulisnya.

Menurut Tasha, dia teramat gembira apabila orang sekeliling dan rakan taulan mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan dia sekeluarga.

“Dikesempatan ini Tasha ingin ucapkan semoga kalian dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dipermudahkan segala urusan,” ujarnya.

Tasha Shilla telah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Atiq Idris pada Februari lalu. – KopiPlanet.com

The post Tasha Shilla Umum Kini Sedang Hamil Lima Bulan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.