Ads Top

Tajul Hampir Bertumbuk Dengan Komposer Lagu Izikan Aku Ketika Sesi Rakaman

Baru-baru ini penyanyi Tajul yang juga merupakan adik kepada penyanyi arwah Achik Spin baru sahaja melancarkan single terbaharu berjudul Izinkan Aku.

Bagaimanapun, ada kisah menarik di sebaliknya ketika sesi rakaman lagu berkenaan iaitu insiden dia saling bertikam lidah dan hampir bertumbuk dengan komposernya iaitu Tuah Adzami.

“Sebenarnya saya tidak mahu sebut tentang hal ini sebab saya tidak suka besar-besarkan perkara yang remeh.

“Cuma kalau dia masih nak bermasam muka itu hak dia. Sebab saya lebih suka bersikap profesional,” ujarnya yang hampir meninggalkan studio kerana terlalu berang dengan sikap komposer berkenaan.

Mengulas lanjut mengenai insiden berkenaan, Tajul mengakui ada kesilapan datang daripada dirinya.

Ujarnya, dia telah dituduh merakamkan lagu berkenaan sambil lewa. Sedangkan ketika itu dia berada dalam keadaan kurang sihat.

“Saya mengaku ada silap saya, tetapi apabila dia enggan faham keadaan saya waktu itu dan menuduh saya membuat rakaman sambil lewa, saya tak boleh terima.

“Kebetulan saya kurang sihat dan tak cukup tidur kerana malam sebelum itu anak saya meragam, sebab itu tumpuan dan suara saya agak kurang baik sewaktu rakaman tu berlangsung,” jelasnya.

Ujarnya lagi, dia hanya meminta komposer berkenaan memahami keadaan dirinya dan minta tangguhkan sessi rakaman.

“Dia tetap memaksa saya selesaikan rakaman vokal tu dan mengeluarkan kata-kata yang tak sedap saya dengar serta mencabar tahap kesabaran saya.

“Apa pun setelah dileraikan dan bos FMC (Mr.Ho) hubungi kami, pergaduhan kami tamat di situ dan saya dah pun minta maaf pada Tuah. Saya amat menyesali atas apa yang berlaku, dan mungkin salah saya juga kerana tak dapat kawal emosi,” katanya.

Biarpun berhadapan dengan insiden berkenaan, Tajul berkata proses rakaman akhirnya dapat diselesaikan setelah berhenti rehat dan disambung setelah beberapa jam berikutnya. 

Dalam pada itu, penyanyi itu berharap semoga kehadiran single Izikan Aku ini dapat diterima semua peminat .

Izinkan Aku merupakan single solo Tajul yang terbaru dan telah dilancarkan di semua saluran digital dan muzik video di saluran YouTube FMC Music pada 24 Disember lalu. – KopiPlanet.com

The post Tajul Hampir Bertumbuk Dengan Komposer Lagu Izikan Aku Ketika Sesi Rakaman appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.