Ads Top

“Sedih Tengok Suami Kena Game” – Almy Nadia Bengang Job Lakonan Suami Dibatalkan Saat Akhir

Pelakon Datin Almy Nadia tidak dapat menyembunyikan kemarahannya terhadap sebuah produksi apabila job lakonan yang diterima suaminya, Datuk Fizz Fairuz telah dibatalkan saat-saat akhir.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Almy menjelaskan suaminya sanggup untuk menolak tawaran lain semata-mata sudah berjanji untuk berlakon sebuah drama 30 episod dengan produksi berkenaan.

“Dah block date untuk shooting dari awal bulan 12 tahun 2020, tiba-tiba postpone date shooting bawa ke Januari 2021. Encik suami dah tolak job lain sebab dah berjanji untuk 30 episod Katanya tiba-tiba tani call cakap CANCEL, takleh ikut jadual sebab kena ikut jadual artis olia.

“Sedangkan kita dah bagi jadual awal dah lock shooting tiba-tiba cancel!! Hampa rasa apa yerk? Apa yang hampa cuba buat game ni!! Orang dah tolak job, apa yang hampa cuba buat ni!! Perasaan, akal fikiran hampa ada di mana yerk!!!” luahnya.

Tegasnya lagi, pihak produktu berkenaan juga tidak seharusnya menyusahkan periuk nasi orang lain serta perlu berpegang pada janji yang telah dibuat.

“Tanggungjawab faham!! Kita manusia ni pegang pada janji!! Bila dah berjanji kita pegang jangan last minit, hampa buat orang macam sampah faham!!! Orang lain punya hal, orang lain kena tanggung. Perangai macam ni sebab tu takleh pegi jauh faham!!!

“As a wife bila suami murung/marah/suka/sedih wife akan terkesan sebab wife ni adalah orang paling rapat selain dari orang lain. Bila jadi macam ni sedih tengok suami sebab kena game,” ujarnya.

Menurutnya, situasi sekarang ini bukan seperti dahulu yang boleh menerima 10 tawaran dalam satu masa kerana kini adalah zaman di mana kualiti lakonan yang dijaga. – KopiPlanet.com

The post “Sedih Tengok Suami Kena Game” – Almy Nadia Bengang Job Lakonan Suami Dibatalkan Saat Akhir appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.