Ads Top

Rancangan Legasi Perwira Kongsi Insprasi Usahawan Berhadapan Cabaran

Tidak dinafikan sektor ekonomi terutama sekali melibatkan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) antara yang terjejas ketika pandemik Covid-19.

Bagaimanapun ada juga segelintir usahawan yang dilihat masih mampu bertahan dalam dunia perniagaan, biarpun berhadapan dengan cabaran yang getir.

Sehubungan itu, Annems Leadership Solution dengan kerjasama District Le Production telah menerbitkan sebuah rancangan berjudul Legasi Perwira yang mengisahkan jatuh bangun usahawan sebelum dan sewaktu pandemik.

Akan bersiaran sebanyak lapan episod, Legasi Perwira memaparkan pendekatan Datuk Faridah Hanim Haron atau Ibu Hanim dalam mendidik usahawan agar terus maju dan berkembang.

Ibu Hanim berkata, rancangan ini akan menampilkan enam usahawan daripada industri yang berbeza untuk ber kongsi kisah inspirasi dan jatuh bangun mereka sebelum dan ketika menghadapi pandemik.

“Tujuan utama saya untuk terbabit dengan rancangan ini adalah untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan yang ada mengenai dunia usahawan kepada masyarakat.

“Ketika terbabit dalam dunia korporat dahulu, saya ada terbaca laporan bahawa usahawan kita hanya mampu bertahan dalam tempoh lima tahun sahaja,” ujarnya.

Beliau berkata, selain memaparkan kisah usahawan yang boleh dijadikan inspirasi, pelbagai tips yang dikongsikan dalam bentuk ‘easy to install’ di dalam sesebuah organisasi mahupun kehidupan seharian.

Dalam pada itu, Ibu Hanim menyatakan banyak syarikat yang disenaraikan untuk terbabit dalam program ini, namun pihaknya hanya memilih enam syarikat sahaja sebagai permulaan.

“Untuk permulaan ini, saya memilih enam syarikat yang agak rapat dan pernah mendapat bimbingan saya.

“Sebenarnya ada juga syarikat lain yang disenaraikan, tetapi saya merasakan enam syarikat ini ada cerita yang boleh dibuat case study dan kisah mereka boleh dijadikan inspirasi,” jelasnya.

Antara syarikat usahawan yang terlibat dalam program ini seperti Leyna, De’Xandara, By Chefiza, Andorra Hospital, NFH Boutique Gallery dan Jamu Tun Teja.

Akan bersiaran sepanjang 30 minit setiap episod, Legasi Perwira akan mula ditayangkan saluran TV AlHjirah mulai 8 Januari 2021 pada pukul 9.00 malam. – KopiPlanet.com

The post Rancangan Legasi Perwira Kongsi Insprasi Usahawan Berhadapan Cabaran appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.