Ads Top

Semak Status Halal Dengan Mudah Melalui Aplikasi Verify Halal

Akhir-akhir ini, pelbagai isu yang timbul berkaitan dengan status halal dan haram yang amat menggusarkan masyarakat terutamanya dalam kalangan umat Islam.

Namun, tahukah anda sebenarnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mewujudkan pelbagai usaha sejak dahulu lagi untuk memberi kemudahan kepada masyarakat dalam mengesan produk yang halal dan tidak.

Antaranya adalah dengan mewujudkan sebuah aplikasi yang bernama Verify Halal untuk membantu pengguna menyemak status halal sesuatu produk.

Penubuhan aplikasi ini adalah antara kerjasama JAKIM dengan Serunai Commerce Sdn. Bhd. serta Global Halal Data Pool yang telah diwujudkan sejak 2017.

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh mengimbas kod bar sesuatu produk di telefon pintar mereka dan akan memperlihatkan status produk tersebut. Ia bukan sahaja mempunyai data halal di peringkat Malaysia, bahkan maklumat produk halal lain di negara-negara yang telah diiktiraf JAKIM.

Antara ciri menarik pada aplikasi ini adalah:

#1 – Anda boleh membuat carian tentang produk yang diingini dan ia akan menunjukkan hasil carian serta statusnya.

#2 – Selain cara manual tersebut, anda juga boleh mengimbas bar kod pada produk tersebut.

#3 – Ia juga membekalkan waktu solat berdasarkan lokasi anda selain memudahkan anda mencari senarai masjid terdekat.

#4 – Pengguna juga boleh mendapatkan senarai berita terkini mengenai isu semasa serta berkenaan halal sesuatu produk.

#5 – Antara ciri menariknya lagi adalah ia membekalkan senarai carian restoran serta kedai makan halal di sekitar anda. Ini boleh memudahkan anda mencari kedai makan tanpa was-was.

#6 – Selain itu, ia juga menunjukkan lokasi abattoir (pusat sembelihan) terdekat dan senarai penuh abattoir yang disahkan JAKIM.

#7 – Anda juga boleh membuat carian produk halal berdasarkan negara seperti Thailand, Taiwan, Jepun dan banyak lagi.

#8 – Terdapat juga ruangan komen untuk anda membuat aduan terhadap produk atau barangan yang diragui. Ia seterusnya akan diambil tindakan oleh JAKIM.

Jadi, anda boleh muat turun aplikasi ini untuk membantu memudahkan anda membuat carian sekali gus mengelakkan daripada status was-was.

Anda boleh muat turun ia pada pautan yang disertakan:

Untuk pengguna iOS: Verify Halal
Untuk Pengguna Android: Verify Halal

The post Semak Status Halal Dengan Mudah Melalui Aplikasi Verify Halal first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.