Saka Nan Sepi Tampilkan Elemen Komedi Seram & Kekeluargaan
Jika sebelum ini penonton sering disajikan dengan filem hantu yang seram dan menakutkan, kali ini Astro Shaw bersama produksi Alpha47 Films memberikan sedikit kelainan dengan mempersembahkan kisah hantu yang kelakar iaitu filem Saka Nan Sepi.
Filem komedi seram ini telah mendapat sentuhan oleh pengarah Razaisyam Rashid dan Azri Azman, di mana Razaisyam sebelum ini mengarahkan filem seram dengan elemen yang lebih serius iaitu Pusaka.
Sarat dengan unsur komedi dan nilai kekeluargaan, penonton pasti dapat merasainya menerusi lakonan mantap yang dijayakan oleh barisan pelakon terkenal tanah air seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Sherry Al Hadad, Namron, Ayie Hushairi Husain dan Han Zalini.
Jika kebiasaanya, kehadiran hantu pasti mengundang rasa takut dan menyeramkan tetapi bezanya Saka Nan Sepi memperlihatkan hantu yang takut kepada manusia. Ia dapat disaksikan menerusi watak Girlboy / Saka yang merupakan hantu yang kelakar, takutkan manusia dan kucing, rajin membantu serta pendengar yang baik.
Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, pihaknya telah menerbitkan sebuah lagi filem eksklusif untuk tayangan di Astro First.
“Bagi memenuhi kehendak peminat filem seram dan komedi, kami terbitkan Saka Nan Sepi dan ia menampilkan gandingan pelakon-pelakon berbakat besar dan garapan pengarah hebat.
“Menariknya, tidak seperti filem seram komedi yang lain di mana kebiasaanya akan tonjolkan hantu yang menyeramkan, tetapi Saka Nan Sepi tampilkan hantu yang berbeza yang mana kami merasakan keadaan fizikal dan perwatakannya boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat,” ujarnya.
Menurut Raja Jastina, jalan ceritanya yang lebih santai amat bersesuaian dengan tontonan seisi keluarga.
“Kami harap filem ini bukan sahaja mampu memberi hiburan semata- mata kepada penonton Astro tetapi turut menyampaikan mesej tersirat yang boleh di ambil sebagai pengajaran,” jelas beliau.
Saka Nan Sepi mengisahkan keluarga Othman (Namron) meluangkan masa dengan berkhemah di dalam hutan. Tiba-tiba anaknya Rozi (Mimi Lana) telah dirasuk. Mereka terus mambawa Rozi berjumpa bomoh Tok Kassim (Ayie Hushairi Husa) untuk berubat. Saka tersebut tertarik dengan Rozi dan memilih untuk tinggal dengan keluarga Othman.
Apabila pulang ke rumah, Othman, Zaiton (Sherry Al Hadad), Sufian (Syafiq Kyle) dan Rozi mula nampak kelibat Saka tersebut dan mereka hidup dalam ketakutan. Sekaligus menyebabkan mereka berempat sentiasa duduk bersama tidak kira ketika makan, tidur serta melakukan aktiviti.
Ketakutan mereka hilang apabila melihatkan Saka itu takut kucing tetapi bersifat lemah lembut dan rajin membantu. Apabila keluarga Othman boleh menerima Saka itu dan memberi nama Girlboy, Tok Kassim kembali untuk mencuri Girlboy.
Saksikan filem Saka Nan Sepi yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First bermula pada 10 Disember 2020. Untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim Saka Nan Sepi di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw. – KopiPlanet.com
The post Saka Nan Sepi Tampilkan Elemen Komedi Seram & Kekeluargaan appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: