Ads Top

MAIPk Perkenal Cara Mudah Bayar Zakat Melalui Shopee

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah memperkenalkan cara terbaharu pembayaran zakat melalui aplikasi Shopee.

Inisiatif ini adalah untuk memudahkan pengguna dalam pembayaran zakat dengan mengambil salah satu platform e-dagang Shopee yang seiring dengan perkembangan semasa.

Para pengguna boleh membuat bayaran dengan membuka aplikasi Shopee dan memilih bahagian Deals, Top-ups & Bills kemudian terus ke bahagian Donation & Finance.

Bayaran ini boleh mula digunakan bermula 18 Disember ini melalui dompet mudah alih ShopeePay.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuat bayaran melalui Kad Debit, perbankan atas talian dan juga pembayaran secara tunai di kaunter 7-Eleven.

Shopee juga turut melaksanakan kempen bayaran zakat untuk menggalakkan orang ramai membayar zakat dengan menawarkan 200 Syiling Shopee kepada 1000 pembayar zakat terawal.

Kempen ini akan bermula pada 22 Disember hingga 31 Disember 2020 dan akan dipilih setiap hari.

Sumber:
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk)

The post MAIPk Perkenal Cara Mudah Bayar Zakat Melalui Shopee first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.