Ads Top

Kerajaan Berbincang Lanjut Berkenaan Penubuhan Universiti Al-Quran

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri bersama-sama dengan para pegawai tinggi daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membincangkan usul penubuhan Universiti Al-Quran.

Katanya, di pihak Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), segala urusan berkaitan telah menghampiri ke fasa akhir.

Manakala, di peringkat KPT, sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi memurnikan lagi cadangan ini.

Sebelum ini, Dr Zulkifli menyebut bahawa kerajaan menyambut baik cadangan untuk menubuhkan Universiti Al-Quran dengan menaik taraf Institut Darul Quran.

Cadangan ini adalah dengan menggunakan sepenuhnya model wakaf seperti yang telah dilakukan oleh negara-negara lain.

Penubuhan ini juga akan menawarkan peluang kepada para pelajar untuk melanjutkan pengajian agama di peringkat tertinggi.

Sumber:
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

The post Kerajaan Berbincang Lanjut Berkenaan Penubuhan Universiti Al-Quran first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.