Ads Top

Dua Tahun Da’i Syed Tidak Balas Mesej, Bapa Beri Jaminan Tidak Sebelahi Anak Jika Dakwaan Benar

Di sebalik atas tuduhan rogol terhadap pendakwah dan juga penyanyi Da’i Syed sehingga dia membua laporan polis, bapanya iaitu Seif Jamalullail telah membuat luahan di Facebook miliknya.

Menerusi luahan yang ditulis, bapa pendakwah berkenaan menyatakan terlalu banyak mesej yang diperoleh serta menunggu respon daripadanya.

“Semua sudah maklum DAI SYED adalah anak saya. Hari ini bertalu-talu mesej masuk ke inbox saya berserta SS yang dah viral. Masing-masing menunggu balasan dan respon saya.

“Saya nyatakan di sini untuk tatapan semua yang bertanya.. Segala didikan yang telah saya beri kepadanya sejak dari kecil adalah menurut yang agama sarankan dan tindakan utk menegur serta nasihat kepadanya telah pun saya usahakan sebaiknya.

“Namun tiada upaya lagi bila semua message saya itu diabaikan sudah 2 tahun tanpa reply sepatah pun,” luahnya.

Semalam, telah viral Twitter seorang individu yang mendakwa tentang rakannya yang dikatakan telah dirogol pendakwah berkenaan. Rentetan daripada dakwaan berkenaan, Da’i Syed telah membuat satu laporan polis petang semalam.

Dalam pada itu, Seif Jamalullail menyatakan dia menyerahkan segala urusan menegur kepada Allah untuk mengadilinya sekirianya benar dakwaan yang telah diviralkan serta memohon agar anaknya dikembalikan ke jalan yang benar dan diredai sebelum terlambat.

“Saya lebih rela dia diadili di dunia daripada dihadap di akhirat di hadapan Qadhi Rabbul Jalil. Sekarang saya hanya mampu beri nasihat kepada individu yang bermuamalah dengan dia supaya berhati-hatilah, terutama pada wanita.

“Isu viral ni dah lama, hari ni makin jadi heboh pulak… kami dah letih nak hadap isu semacam ini, apalagi adik-adiknya yang masih belajar, mereka tertekan dengan soalan-soalan sindiran dan ejekan dari teman-teman di sekolah.

“Bagi mereka-mereka yang pernah menghubungi untuk mengadu kepada saya (yang mengaku mangsa), pergilah lapor kepada pihak berkuasa untuk disiasat dan diambil tindakan sewajarnya,” ujarnya.

> Baca: Individu Tuduh Dai Syed Terbabit Kes Rogol? Netizen Gesa Buat Laporan Polis Jika Ada Bukti

> Baca: Didakwa Atas Tuduhan Merogol, Da’i Syed Buat Laporan Polis

Menurut Seif Jamalullail, beliau memberi jaminan untuk tidak akan sama sekali mempertahankan atau menyebelahi anaknya, sekiranya dia memang melakukan kesalahan tersebut.

“Sabda Nabi ‘Demi Allah, sungguh jika Fatimah binti Muhammad mencuri, aku sendiri yang akan memotong tangannya’ – Hadist. Peringatan terbuka kepada Da’i Syed: ‘Jika benar kamu berakhlak buruk seperti yang didakwa/diviral, janganlah kamu menggunakan agama sebagai topeng untuk menutup segala kebejatanmu kerana perbuatan itu lebih hina dari iblis.

“Tinggalkan dunia selebriti dan kembalilah ke jalan Allah dan jalan leluhurmu… Kami semua merinduimu Iqmal yang dahulu. Kami pihak keluarga hanya mampu berdoa supaya dijauhkan segala fitnah duniawi dan diberikan keberkatan dalam hidup dan mati,” jelasnya. – KopiPlanet.com

The post Dua Tahun Da’i Syed Tidak Balas Mesej, Bapa Beri Jaminan Tidak Sebelahi Anak Jika Dakwaan Benar appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.