(Video) “Saya Sedih Datuk Dr. Zulkifli Ada COVID…”, Menteri Agama Terharu Terima ‘Voice Note’ Daripada Kanak-kanak
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif COVID-19 pada 5 Oktober lalu.
Makluman tersebut diumumkan sendiri melalui akaun laman Twitternya pada hari tersebut.
Difahamkan, beliau telah menjalani rawatan dan keadaan kesihatannya agak baik ketika ini.
Terkini, Dr. Zulkifli berkongsi satu ciapan Twitter mengenai satu mesej rakaman suara (voice note) daripada seorang kanak-kanak bernama Qaisara Jannah yang juga merupakan salah seorang pemenang Iqra Challenge Nuzul Quran JAKIM.
Dalam rakaman tersebut, si cilik itu menyatakan rasa simpati kepada menteri tersebut serta turut mendoakan kesihatan buatnya.
Terima kasih anakanda Qaisara Jannah kerana bertanya khabar saya dan warga @MyJAKIM . Anak kecil ini salah seorang pemenang #IqraChallengeNuzulQuran JAKIM. Tak sangka mendapat nota suara (voice note) ingatan anak kecil ini. pic.twitter.com/f37ubjzOZ1
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) October 7, 2020
Alhamdulillah, saya sihat-sihat sahaja di sini. Bertambah gembira dan terharu mendengar suara comel Qaisara Jannah. Moga membesar menjadi anak yang solehah ya?
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) October 7, 2020
Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
The post (Video) “Saya Sedih Datuk Dr. Zulkifli Ada COVID…”, Menteri Agama Terharu Terima ‘Voice Note’ Daripada Kanak-kanak appeared first on Siakap Keli.
No comments: