(Video) “Maaf, Ada Gempa Bumi Tadi,” PM Iceland Kekal Tenang, Teruskan Temu Bual Selepas ‘Digoncang’ Gempa Bumi
Perdana Menteri Iceland, Katrín Jakobsdóttir dilihat tetap tenang ketika temu bual secara langsungnya terganggu seketika akibat gempa bumi.
Menurut BBC, temu bual secara langsung bersama Washington Post itu terganggu selepas gempa berkekuatan 5.5 skala richter menggegarkan Krysuvik, selatan ibu negara, Reykjavik.
Tiada kecederaan dilaporkan susulan gempa tersebut.
Dalam video dikongsikan BBC, Katrín yang sempat terkejut kembali tenang dan memberitahu dia dalam keadaan baik untuk meneruskan temubual tersebut.
“Maaf ada gempa bumi tadi. Inilah Iceland,” katanya sambil meneruskan siaran berkenaan.
Earthquake interrupts live interview with Iceland's Prime Minister Katrín Jakobsdóttirhttps://t.co/zrPn7AYXXS pic.twitter.com/V3kE52GTC6
— BBC News (World) (@BBCWorld) October 21, 2020
Sumber: BBC
The post (Video) “Maaf, Ada Gempa Bumi Tadi,” PM Iceland Kekal Tenang, Teruskan Temu Bual Selepas ‘Digoncang’ Gempa Bumi appeared first on Siakap Keli.
No comments: