(Video) Hujan Tak Henti Sejak Malam Tadi, Jambatan Hubungkan Beberapa Kampung Di Kota Belud Runtuh
Hujan lebat sejak lewat malam tadi telah menyebabkan beberapa lokasi di bandar Kota Kinabalu mengalami banjir kilat.
Terbaru, BernamaTV melaporkan bahawa jambatan besi sungai Panataran Kampung Malangkap yang menghubungkan beberapa buah kampung di Kota Belud telah runtuh.
Ia berikutan hujan tidak berhenti-henti di kawasan ini sejak malam tadi.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh BernamaTv, dapat dilihat bahawa jambatan tersebut runtuh disebabkan oleh arus deras di sungai tersebut.
Jambatan besi sungai Panataran Kampung Malangkap yang menghubungkan beberapa buah kampung di Kota Belud runtuh berikutan hujan tidak berhenti-henti di kawasan ini sejak malam tadi. pic.twitter.com/KTU0z3d8jL
— BERNAMA TV (@BernamaTV) October 5, 2020
Pagi tadi, Bernama melalui ciapan di Twitter turut berkongsikan keadaan yang dilanda banjir. Antaranya ialah di Jalan Sulaman berdepan INTAN Kampus Sabah yang hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat.
Jalan Sulaman berdepan INTAN Kampus Sabah hanya boleh dilalui kenderaan berat apabila beberapa kawasan di Tuaran dilanda banjir akibat hujan lebat berterusan sejak malam tadi.
Fadzli Ramli pic.twitter.com/o5TS1KyQdi
— BERNAMA (@bernamadotcom) October 5, 2020
Sumber: BernamaTV
The post (Video) Hujan Tak Henti Sejak Malam Tadi, Jambatan Hubungkan Beberapa Kampung Di Kota Belud Runtuh appeared first on Siakap Keli.
No comments: