Ads Top

Pihak Pengurusan Tolak Dakwaan Kaitkan Scha Elinnea Dengan Cerita Artis Jadi Pelacur Kelas Atasan

Syarikat pengurusan artis, Absolut Management menolak dakwaan sekeras-kerasnya apabila salah seorang artis di bawah naungan mereka, Scha Elinnea dikaitkan dengan kisah artis yang menjadi pelacur kelas atasan seperti yang dipaparkan sebuah blog hiburan sehingga menjadi viral.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, dalam artikel tersebut turut dilampirkan screenshoot profil muka depan Instagram artis berkenaan.

“Walaupun di dalam artikel tersebut tidak ada menyebut nama beliau (Scha Elinnea), namun screenshoot yang telah dikaburkan itu tetap boleh dibaca oleh para netizen secara samar.

“Kami tida pasti akan tujuan sebenar blog tersebut dengan berniat sengaja memaparkan profil Instagram artis kami sebagai ‘gambar hiasan’ kepada artikel berkenaan walaupun secara jelas di dalam artikel tersebut tidak ada menyebut nama mana-mana individu,” ujarnya.

Menurut kenyataan itu lagi, pihaknya difahamkan bahawa blog itu telah membuang paparan screenshoot berkenaan selepas beberapa jam artikel berkenaan, tetapi ia sudah terlambat.

Ujarnya, tindakan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan artis naungan mereka itu menerima kritikan negatif di media sosial dan secara tidak langsung mencalarkan reputasinya sebagai seorang pelakon baharu.

“Kami ingin menegaskan bahawa Scha Alinea sama sekali tidak terlibat dalam isu yang diterbitkan blog tersebut.

“Selaku pihak pengurusan kami mempunyai aliran tunai keluar masuk ke dalam akan bank peribadi beliau sejak dahulu lagi dan tidak pernah ada jumlah RM40,000 dikreditkan ke dalam akaun bank beliau,” jelasnya.

Sehubungan itu, pihak pengurusan Scha meminta blog berkenaan membuat permohanan maaf secara terbuka kepada artis tersebut dalam tempoh 24 jam.

Menurutnya, sekiranya gagal berbuat demikian, pihak pengurusan akan mengambil tindakan mengikut undang-undang sebagai langkah seterusnya.

“Laporan polis juga sudah dibuat sebagai langkah keselamatan bagi melindungi diri beliau dan juga keluarga,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Pihak Pengurusan Tolak Dakwaan Kaitkan Scha Elinnea Dengan Cerita Artis Jadi Pelacur Kelas Atasan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.