3 Sebab Kenapa Anda Tidak Boleh Memilih Untuk Berputus Asa
Putus asa. Pernah tak perkataan ini berlegar dalam kepala anda atau mungkin anda sendiri pernah mengambil keputusan untuk berputus asa?
Mengapa ada segelintir insan yang memilih untuk berputus asa? Jawapannya mudah; kerana sudah penat dengan perkara tersebut atau mungkin merasakan bahawa diri tidak layak untuk berjuang tentang perkara itu.
Tetapi, jawapan yang sebenar ada pada diri insan yang berfikir untuk mengambil keputusan berputus asa.
Akan tetapi, jika langkah yang diambil itu adalah baru sahaja; sebagai contoh anda baru sahaja menerima tugasan itu dalam masa dua minggu dan masa berbaki ada lagi tiga bulan untuk menyiapkannya; pada saya kesusahan dalam setiap langkah yang dialami itu adalah sebagai salah satu proses untuk menyesuaikan diri.
Tiada langkah yang bermula dengan senang. Bayi yang baru lahir tidak boleh terus berjalan. Sama sahaja dengan anda, kesusahan itu adalah sebagai salah satu proses sahaja. Jadi, janganlah memikirkan langkah untuk berputus asa terlebih dahulu.
Jadi, entri kali ini akan menyebut mengenai mengapa anda tidak boleh memilih untuk berputus asa;
#1 – Setiap Langkah Adalah Proses Dan Pengalaman
Kehidupan ini adalah sebagai sebuah medan untuk kita mencipta pengalaman dengan mencuba sesuatu yang baru.
Hari-hari kita tidak dilalui dengan perkara sama sahaja. Sebaliknya, setiap hari akan ada sahaja perkara yang tidak pernah dilalui tetapi anda harus melaluinya.
Sebab dengan pengalaman itulah yang akan membantu proses kematangan anda.
#2 – Lihat Kembali Setiap Langkah Yang Pernah Anda Ambil
Tanya pada diri anda, mana yang lebih berbaloi? Adakah dengan meneruskan perjuangan dan melihat hasilnya atau berhenti daripada apa yang sedang anda lalui?
Jawapan itu, hanya anda yang layak menjawabnya kerana anda yang melalui kehidupan tersebut.
Tetapi, nasihat yang ingin diselitkan di sini adalah lihat kembali setiap kesusahan yang pernah dilalui dan dengan kesusahan itu, anda berjaya sampai sehingga ke tahap ini.
Adakah berbaloi untuk berhenti selepas setiap suka duka yang dilalui?
#3 – Ingat Kembali Matlamat Anda
Mengapa anda mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu perkara? Pasti ada matlamat dan misi yang ingin anda capai, bukan?
Jadi, sentiasa ingat akan matlamat yang ingin anda raih dan letakkan ia di tempat yang senang untuk dilihat agar semangat anda sentiasa membara.
Kesimpulan
Setiap keputusan yang ingin kita ambil pasti ada kelebihan dan kelemahannya yang perlu diambil berat.
Hanya anda mengetahui apa yang terbaik untuk diri anda sendiri dan dengan itu, jangan melihat kepada apa yang orang ingin lihat dalam diri anda tetapi lihatlah apa yang anda ingin jadi.
The post 3 Sebab Kenapa Anda Tidak Boleh Memilih Untuk Berputus Asa first appeared on Tazkirah.
No comments: