(Video) Gumpalan Bulu Putih Jadi ‘Petunjuk’, Kucing Kantoi Main Tablet Tuannya Setelah Puluhan ‘Bukti’ Ditemui
Seekor kucing di China dipercayai telah menguasai kemahiran ber-‘selfie’ setelah pemiliknya menemui puluhan gambar di tablet miliknya. Ia dipercayai diambil secara tidak sengaja oleh kucingnya itu yang berusia tujuh bulan.
Menurut Daily Mail, wanita itu secara tidak sengaja menemui gambar-gambar yang diambil oleh kucingnya yang bernama Er Niu itu selepas dia melihat gumpalan bulu putih di iPadnya ketika dia pulang.
Er Niu dilihat sedang menjilat kaki dan menggunakan flashlight kamera.
Puluhan ribu pengguna media sosial berasa kagum dengan selfie kucing tersebut selepas video itu dikongsikan di laman Douyin pada Rabu lalu.
Pemiliknya merupakan seorang pelajar antarabangsa di Australia dan mempunyai seekor lagi kucing berusia 1 tahun yang bernama Xiao Ai.
Gambar-gambar yang lucu itu memperlihatkan kucing tersebut sedang menatap ke dalam paparan skrin, menjilat kuku kakinya dan juga menggunakan flashlight kamera untuk mendapatkan shot yang sempurna.
Sumber: Daily Mail
The post (Video) Gumpalan Bulu Putih Jadi ‘Petunjuk’, Kucing Kantoi Main Tablet Tuannya Setelah Puluhan ‘Bukti’ Ditemui appeared first on Siakap Keli.
No comments: