(Video) Beratur & Berpanas Dipercayai Tunggu Giliran “Interview”, Kegigihan Anak Muda Cari Kerja Buat Netizen Sebak
Pandemik COVID-19 memberi kesan yang besar buat seluruh dunia termasuklah Malaysia. Menurut Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), bagi suku pertama tahun ini sahaja, kadar kehilangan pekerjaan di Malaysia dilaporkan meningkat sebanyak 42 peratus akibat pandemik COVID-19.
Krisis ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia di mana lebih 36 juta pekerjaan dilaporkan terjejas di Amerika Syarikat sejak Mac lalu.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter berkongsi video orang ramai beratur panjang di tepi jalan, dipercayai sedang menunggu giliran untuk temuduga di Institut Kemahiran MARA.
Dalam video berkenaan, kelihatan orang ramai berpakaian kemas beratur panjang di tepi sebuah jalan, malah ada antara mereka dilihat membawa fail.
“Temuduga terbuka di IKM Manjung. Ramainya yang menganggur sekarang ini.”
Walk in interview di IKM Manjung. Goshh seriously many are unemployed nowadays…. huhuhu#jagakejekalotaknaknganggur pic.twitter.com/1JOt7eXImG
— Daddysado20 (@daddysado20) September 24, 2020
Video ini telah mendapat perhatian lebih 6.5 ribu pengguna dan 579 ribu tontonan setakat ini sejak ia dikongsikan pada 12.25 tengah hari semalam.
Rata-rata warga maya meluahkan rasa sedih melihatkan hakikat pengangguran di Malaysia terutamanya selepas pandemik.
Kesian sebab berpanas, tetapi bangga mereka ada usaha
Rasa kesian sebab mereka berpanas, tapi lebih rasa bangga dgn mereka semua masih ada usaha dan gigih mencari kerja. Dah jatuh kena bangun, belum mula, kena mula. Good job gais. Dapat tak dapat tu lain cerita yg penting usaha, ikhtiar, doa, tawakkal.
— Hanaa (@thehn_) September 24, 2020
Sedih, tapi tahniah semua sebab ada usaha
This makes me sad. But I also would like to congratulate each and everyone of them sebab ada usaha. Semoga dipermudahkan.
— F (@frdsh_) September 24, 2020
Ada juga individu yang mendakwa berada di lokasi tersebut bagi menghadiri temuduga.
Suami pergi pukul 8 pun tak dapat temuduga
Memang ramaaaiii gilaaaaa , suami sy pergi pkul 8 tak dapat iv pon last diorang suruh balik je pic.twitter.com/MGr264HO6H
— sunflwr (@snflwr_hz) September 24, 2020
Abang datang dari Johor Bahru tapi tak sempat temuduga
Abang aku pergi juga sini tapi tak sempat sampai dekat dia . Orang yang uruskan iv cakap dah penuh and diaorang pon tak terhandle . Abang aku sanggup datang dari Jb ke sini tau . Doakan dia dapat rezeki dekat tempat lain
— 𝓒ムん (@ctyecahh) September 24, 2020
Di dalam pun masih ramai yang menunggu giliran
Ni yg dalam. Blkg2 dewan tu banyak lg yg tersorok beratur pic.twitter.com/jBGokU3xKj
— Impostor (@zulalias95) September 24, 2020
Tunggu 6 jam, tapi tak dapat temuduga
Masa karnival kerjaya di Melaka pun ramai, hujan pun orang beratur
Career fair penjana di mitc melaka pn last month, ramai gilerrr. Hujan pun orang beratur. Ramai desperate dh. Job vacancy ada brapa he. Selebihnya program smbg belaja
— Saya_Hana (@AkuTakumi) September 24, 2020
Sementara itu, ada warga maya yang berkongsi iklan-iklan jawatan kosong bagi individu yang berminat.
Esok ada lagi interview terbuka ni. Korang pergilah try. Katanya memang nak pakai ramai orang. Bawa copy ic, sijil SPM dan gambar passport.
Semoga dipermudahkan urusan kita semua. Aminnn pic.twitter.com/rfghj9Ja5Y
— 𝒜𝐹𝒦 (@_ftnmj) September 24, 2020
Bos lama aku nak pakai personal driver. Area Kg Rantau Panjang Klang. Basic basic berapa aku tak pasti kene nego sendiri. Atleast sbulan 2.6k bersih campur OT. da yg berminat boleh dm.
— A for Aszwan (@quelysir) September 24, 2020
Semoga ada rezeki untuk anda semua dapat kerja.. Amin pic.twitter.com/aZNowFln12
— sunnyharii (@aidaduduu) September 24, 2020
Anyone yang tengah cari kerja boleh apply ni, area JB & Batu Pahat, Johor sahaja pic.twitter.com/8KF5OlzGCH
— farhana (@aindzrf) September 24, 2020
Hi, saya mencari mereka yang berminat untuk bekerja sebagai GURU TASKA di Bangi. Tidak kira latar belakang pendidikan. Fresh Grad amat dialukan. Semoga ada rezeki. WANITA SAHAJA.
Boleh hubungi 0196765111 (Ummi Azanah) atau dm saya terus.
— ش (@nuraliyasyaffa_) September 24, 2020
Siapa yang dok KL boleh mai interview ni. Untuk Customer Service. Walk in interview dekat menara TA global KL everyday. Gaji start rm2,500.00. Ada project shoppee, CJ wow shop, China southern airline dan lain-lain. Contract setahun pic.twitter.com/hwszBtxJZA
— muhamad_syafiq (@CapiqIbrahim) September 24, 2020
sapa yg tak sempat walk in boleh apply online ya pic.twitter.com/ITOczIv7nK
— hafiz (@cygaraga) September 24, 2020
Semoga anda semua yang sedang mencari pekerjaan, dimudahkan urusan dan dimurahkan rezeki selalu.
Sumber: Twitter
The post (Video) Beratur & Berpanas Dipercayai Tunggu Giliran “Interview”, Kegigihan Anak Muda Cari Kerja Buat Netizen Sebak appeared first on Siakap Keli.
No comments: